Saturday 28 November 2009

Malu tapi mahu


Lama juga berfikir untuk meletakkan title untuk post kali ini. Sememangnya, apabila ungkapan ini dikeluarkan, kita semua pasti terfikir tentang cinta. 'Malu tapi mahu.' Namun, apa yang saya mahu kongsikan di sini ada mungkin kena sedikit dengan cinta, tetapi lebih kepada aspek selain cinta.


Mungkin kita semua pernah mengalami peristiwa di mana kita mahukan sesuatu barang tetapi malu untuk meminta. Begitu juga saya. Ada satu ketika, muka saya menjadi merah kerana menahan malu. Dalam bahasa sempoinya, rasa macam nak meletup! Mengapa ya? Bagi saya, mungkin permintaan kita itu sesuatu yang tidak sesuai, atau melampau. Atau mungkin kita sudah banyak meminta pertolongan daripada orang yang sama. Bukan apa, sudah menjadi sifat manusia itu untuk malu. Tanpa malu, rosaklah manusia. Tetapi harus diingati, malu kenalah bertempat.


Saya akan berusaha mengatasi perasaan malu sekiranya apa yang saya akan perolehi itu amat-amat saya perlukan atau yang akan mendatangkan manfaat yang besar kepada diri saya. Tidak mengapa malu semasa mahu meminta, atau meminjam, tetapi jangan langsung tiada usaha. Harapan tanpa usaha tidak akan menjadikan harapan itu satu realiti. Dalam merealisasikan harapan atau impian, malu harus dikikis SEDIKIT. Saya tekankan di sini "SEDIKIT" bukan semua.


Ramai dalam kalangan kita yang malu untuk meminta bantuan. Meminta bantuan bukanlah sesuatu yang memalukan. Kita bukanlah insan sempurna, yang mampu hidup tanpa bantuan. Kalu tidak, tidak akan muncul dermawan. Tiada tolong menolong. Dalam Al-Quran sendiri menyarankan kita saling membantu. Apa lagi yang kita lengahkan. Tetapi jangan hanya tahu meminta bantuan, kita juga harus selalu menghulur. Mesti ada konsep "Give and Take" bukannya hanya tahu 'mengambil' tetapi tidak tahu 'memberi.'


Setakat ini sahaja. Wassalam.


Aku, Kau dan Mereka.

Friday 13 November 2009

Love... ya atau tak?

Love atau cinta. Satu perkataan yang pastinya akan menjadi bualan hangat. Terutama sekali dalam kalangan remaja. Boleh dikatakan remaja ini diibaratkan seperti sang pencari cinta. Mencari dan mencari. Jika bertemu yang sejati, bertuahlah si dia. Tetapi jika bertemu dengan yang plastik, meranalah si pemilik badan. Berbicara tentang cinta menimbulkan satu keseronokan. Mungkin ada yang bercerita tentang pengalaman bercinta, saat pertemuan dengan si dia, bagaimana perasaan dilamun cinta. Tetapi satu benda baru yang belajar hari nih sewaktu lecture Behaviour Science oleh Mrs Tanu Pramanik. It's sounded like this.

Cinta itu bukan sesuatu yang boleh berlaku sekali dalam seumur hidup. Dia kata bila cinta itu berlaku, ia hanya sekali, dan bila ia sudah berlaku, ia susah untuk berulang kembali. Betul. Orang kata cinta itu suatu anugerah. dan mengikut logik akal saya, kita takkan senang untuk menerima sebarang anugerah. Kita ambil contoh, kehidupan seharian. Untuk mendapat anugerah itu mungkin beberapa kali dalam sebulan. Tetapi cuba kita fikirkan, anugerah yang samakah yang akan kita perolehi dalam sebulan tu? Bukan kan? Mungkin jika kita mahukan anugerah yang sama, perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun. Begitulah yang boleh diibaratkan dengan cinta. Susah digapai, susah dicari, bahagia menanti, harapan ia kekal sampai mati.

Mrs Tanu pun ada bagi contoh juga. Misalnya kita tertarik kepada seorang lelaki disebabkan dia duduk bersebelahan dengan kita, kita sudah merasakan yang si dia itu sangat dekat dengan kita, kita rasa si dia adalah jodoh kita, atau dalam bahasa yang mudah, KITA SUDAH JATUH CINTA! Tanggapan ini adalah salah, kerana itu adalah disebabkan daya tarikan antara lelaki dan perempuan. Saya lebih suka mengatakan perasaan ketika itu ialah perasaan JATUH SUKA, bukan JATUH CINTA. Saya boleh bagi satu contoh. Misalnya, kita berkenalan dengan seseorang dan kita merasakan yang kita sudah jatuh cinta. Ok, cuba anda teruskan perasaan anda itu selama beberapa bulan, Mungkin ada yang akan bertahan sehingga bertahun-tahun. Tetapi adakah perasaan itu dapat memastikan kita memikul segala apa yang berlaku. Setelah kita bersetuju untuk berkahwin dengannya, setelah kita bertunang, setelah kita berkahwin, mendapat anak. Mampukah kita bersama-sama dengannya? Menyerahkan baki hidup kita kepadanya? Adakah si dia mampu memastikan cinta kita itu tidak mati? Layu? Berguguran bagai daun-daun kering ketika musim luruh?


Ini adalah antara sebab saya sangat bersetuju,

"Love is once and once it's done, it's done."

IS that mean that, there's no second love? Every love in this world is the first love? Hmm, let's put our thinking cap together..

Aku, Dia dan Mereka

Sunday 8 November 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha

Judul buku ini saya terbaca di http://www.iluvislam.com/. Judul yag agak menarik. Kenapa? Hal ini berdasarkan pandangan orang ramai terhadap buku ini. saya tidak membacanya, tetapi terlalu banyak pandangn posotif tentang buku ini. Kalau mahu tahu, pergilah ke blog ini... http://niqobgirl.blogspot.com/2009/05/pemilik-cintaku.html. Saya juga mencari-cari buku ini. Semoga saya menemuinya. Moga-moga. Ingin sangat mengetahui kandungannya.

Quote for today,

it's better to fail in originality, than to succeed in imitation

aku, dia dan mereka

Friday 6 November 2009

SOLUSI

Solusi merupakan satu majalah yang baru diterbitkan sekitar setahun yang lepas. Apa yang pasti, banyak perkara menarik yang dibentangkan dalam majalah berunsurkan keislaman ini. Satu ungkapan menarik dari Solusi yang menarik minat saya ialah..


MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS



Menarikkan? Segala perkara yang dibincangkan dalam majalah ini mengemukakan hadis-hadis Nabi Muhammad dan juga tidak lupa, sumber utama yang diturunkan Allah kepada manusia, Al-Quran. Isinya yang menarik yang pada perkiraan saya sesuai untuk semua golongan. Bagi yang sudah berkahwin, diselitkan cara-cara menyuburkan cinta mengikut acuan Islam, begitu juga dengan penyelesaian kepada beberapa masalah, sama ada dalam ibadah atau kehidupan seharian. Satu majalah yang mempunyai cara penyampaian yang dirasakan begitu dekat dengan jiwa pembaca. Berbaloi rasanya melaburkan RM9 untuk mempunyai majalah ini. Apalah nilai wang jika dibandingkan dengan ilmu. Satu ungkapan yang saya mahu petik dari majalah Solusi bagi mengakhiri post ini..


Jika mahu membaiki dunia, baikilah manusia
Jika mahu membaiki manusia, baikilah hatinya

wassalam..
Aku, Dia dan Mereka...