Monday 30 August 2010

terima kasih

di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang saya kira banyak membantu saya.. taktahulah dier perasan ke tak, tapi setiap kali saya berasa susah hati, saya akan mencari masa untuk berborak dengannya. bukannya menceritakan masalah saya, tapi hanya untuk menenangkan hati saya... memang hampir setiap kali saya melakukan begitu. maaf ya, jika anda terasa seperti saya hanya mencari awak ketika saya susah. tapi, bantuan awak sangat saya hargai. sebenarnya seringkali juga saya ingin berkongsi, tetapi tidak terkeluar pula.. apa-apa pon, terima kasih along..

Sunday 22 August 2010

hari ultah di MEDAN

hi guys! hari nih adalah sehari selepas hari ultah saya! nak tau apa itu hari ultah? hari ultah merupakan singkatan dari hari ulang tahun. ia bersamaan dengan hari jadi la. menjelang malam 21 ogos 2010, bertempat di Tasbi, Medan, qis, jiejie, rowm n raihan telah meraikan hari ultah saya. saya rasa terharu yang teramat sehingga ingin mengalirkan air mata. tetapi kerana sifat maco, tak jadik pulak air mata tuh nak keluar. thanks for the chocolate cake bread talk. lezat bangat!! sehingga hari ini pun tak habis2 lagik. malam tuh makan cake ngan apple tea hasil tangan rommanah azmi. alhamdulillah, perut yang kosong mejadi penuh. terima kasih korang sumer. tak lupa juga kepada semua yang wish birthday saya. tak kisah lah melalui apa cara sekalipun. sms, facebook hatta yang menelepon. thanks to my mother n father. without both of you, i cannot even exist in this fantastic but cruel world!!! haha...

pada hari yang sama, kami ada majlis berbuka puasa untuk kaum muslimat di FKG(fakulti kedokteran gigi). jangan salah sebut. di sini sebutannya f-ka-ge... huhu.. pelik tapi menarik. fakulti kedokteran sebutannya pulak f-ka... majlis tuh bestlah jugak. dapat kenal muslimat dari Malaysia serta dapat berkongsi dan berkenalan dengan ramai senior. walaupun 90% yang berkenalan dah lupa dah pulak nama diorunk. thanks to BADAR kat sini kerana menganjurkan majlis hebat seumpama itu. btw, first time rasa lakse kelantan waktu majlis tuh. SEDAPPPP!!!

balik maklis tuh, makan lagi!!! cake breadtalk yang tak habis dengan nasi rantang yang kitorunk order. wahahahahaha!! perut mintak diisi lagik!!! lepas makan ingatkan nak buat report praktikum biokimia, tetapi tertidur di sofa kerana kekenyangan yang amat. semalam tidur kat luar bilik sebab kat luar sejuk!!! best!!!! pagi bangun, terlepas sahur!!! tapi nasib baik dah makan sebanyak-banyaknya malam tuh. huhu.. sembahyang subuh semua..pastuh ingat nak tidur balik, takleh plak.. report biokimia menanti. ISOLASI DNA.. yang dah berminggu-minggu tertangguh.... akhirnya 90% siap.. tinggal perbahaan dan pejilidan. insyaAllah esok siap.

itu jerk kot setakat ini. kalau nak tahu perkembangan, rajin-rajinlah bukak blog nih. haha, macamlah ada yang baca.. syoksen plak.. ok, adios.. da... love people who love me.. haha.... wassalam...

Thursday 19 August 2010

bazar Ramadhan

hari nih hari ke sembilan kita umat Islam berpuasa kan? hari ini, aku dan teman-tamanku pergi ke bazar Ramadhan di Medan ini. kami bertolak kira-kira pukul 5.30 dari rumah kemudian menjemput izat di rumahnya. seperti biasa lah kan, Medan ini terkenal dengan kesibukan lalu lintasnya. kami sampai di Ramadhan fair itu kira-kira sepuloh minit sebelom berbuka. sampai2, kami seperti dipaksa untuk berkunjung ke gerai-gerai mereka. bazar di sini berlainan sekali. kalau di Malaysia, kita sering membeli sahaja juadah berbuka puasa dan makan sahaja di rumah kan? tetapi, di sini ada hampir kesemua gerai menyediakan ruang makan. memandangkan hari ini hujan rintik-rintik, pelanggan tidak terlalu ramai di situ. jadi, kami ini bagai pembawa rezeki kepada mereka... oleh itu, banyak jugalah pemilik gerai yang menarik-narik kami untuk makan... akhirnya kami makan di gerai yang menyediakan tempat mkan berbumbung.. haha... aku makan nasi sama ayam bakar.. jiejie juga.. izat, qis dan rowm makan nasi uduk... raihan pulak makan soto... nasi dan ayam bakar itu disertakan sekali dengan urap.. urap nih boleh di samakan dengan kerabu sayur di Malaysia. sedap, ditambah pula dengan sambalnya yang pedas!! marvellouse!! nasi uduk pula seperti gambar di bawah..



nasi uduk medan.. yummy!! urap Medan = Kerabu Malaysia


kami semua minum air teh saja... ada juga sate ayam.. kuahnya seperti kuah ayam percik.. huhu.. tapi lagi sedap sate malaysia.. seusai makan, kami menunaikan solat di masjid raya

masjid raya, medan
selepas itu kami berjalan-jalan sebentar di simpang raya... itu jeleh catatan setakat ini...

Monday 16 August 2010

merdeka walk in medan

hari ini merupakan hari kemerdekaan Republik Indonesia. Tempat aku bermastautin sekarang. malam tadi salah seorang senior rumah aku mengajak kitorunk jalan2jalan ke Merdeka Walk nih. nak tengok kemeriahan suasana merdeka kat sini. so, around 8.30 kitorunk keluar naik teksi putih. okay, meh aku terangkan pasal teksi putih. teksi putih nih teksi yang guna meter, minimal rate dier 25000, kalau kurang dari tuh kena 25000 rp gak, kalau lebih, ikutlah meter tuh. ok, berbalik kepada kisah tadi. kami jalan2. ada banyak giler kedai makanan kat situ. lepas jalan2 sikit, kitorunk makan kat restoran nelayan. restoran nih mainly serve udang. for a long time, malam tadi aku berjaya makan udang. huhu.. tapi sikit jerkla. pastuh yang aku paling suka, durian pancake dier. wah!! rasa pure durian. teringat plak melantak durian time habis pre-med dulu. manis habislah.. tapi member sumer kat sini kata dier letak gula.. pastuh kitorunk sembang2 ngan senior tuh.. berejam lah jugak... huhu.. gerak balik tasbi, pukul 12.30.. wakaka.. lambat kot.. tapi takperlah.. sekali-sekala.. sampai umah kol 1 lebih.. balik2 tgk tv jap.. pastuh tido la apa lagik... huhu

Sunday 15 August 2010

bulan puasa pertama di luar Malaysia

assalamualaikum semua!!! sudah lima hari kita semua berpuasa.. pasti kita semua mahu menjalani ibadah puasa pada tahun ini sebaik mungkin.. ayuh, kita kentalkan semangat lebih-lebih lagi saya! pada tahun ini, saya berpuasa di Medan Indonesia kerana melanjutkan pelajaran di sini. Puasa di sini menurut penjaga rumah saya, sungguh meriah. sepanjang berpuasa ini, insya Allah saya tidak akan mengalami masalah untuk mendapatkan makanan berbuka kerana saya mendapatkan khidmat cathering ataupu disebut "rantang" di sini. satu hari 8000rp... bersamaan RM2.857.. murah kan? tetapi duit di sini mengalir bagaikan air. dengan sebuatan ribuan rupiah, menakutkan dan menggentarkan hati sesiapa sahaja yang baru sampai ke sini. aku juga sudah pandai menjadi manusia paling berkira di sini. apa sahaja barag yang mahu dibeli, mesti difikir yang mana satu paling murah dan yang paling baik! beginilah kot menjalani kehidupan di negara orang. semua perkara diambil kira. tugas kami di sini bukan sahaja berdepan dengan masalah adaptasi kehidupan tetapi juga masalah-masalah yang akan kami selesaikan pada masa hadapan kerana urusan imigrasi. visa yang kami gunakan ialah visa B.. bisa ini memerlukan pemanjangan. pemanjangan visa memerlukan surat fakultas dan juga surat konsulat jeneral(konjen). selepas itu barulah KITTAS dapat dibuat. selepas buat KITTAS, setiap kali mahu pulang, kami akan memerlukan ERP, exit re-entry permit. ini juga memerlukan surat fakultas dan juga surat konjen. ini yang serba sedikit yang saya tahulah. apa yang akan dialami oleh kami pada masa akan datang, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. yang penting, kalian semua mendoakan kesejahteraan kami semua di sini....

Sunday 1 August 2010

..::Lusa::..

saja nak post entry nih. padahal takderla apa sangat nak tulis pon. hmm.. nih nak tulis pon lambat2. tak lama lagi aku akan menjadi medical student. haha.. apa perasaan aku sekarang? aku takut!! wah, fasa terpenting dalam hidup aku. memang kena berusaha sungguh-sungguh. tak sangka macam cepat jerk. padahal cam tak ready sangat. boleh ke aku cakap camtuh. macammana rasanyer ea? huhu.. walaupun takder la jauh sangat tempat aku belajar nih, tapi still kena menyesuaikan diri. tapi aku percaya dengan doa keluarga dan sokongan kawan-kawan, kami semua akan berjaya! yeah!!!!


"ya Allah, hambaMu ini meminta pertolonganMu. Kau permudahkanlah segala
urusanku. Kau selamatkanlah diriku dari segala kejahatan dunia dan akhirat. Ya
Allah, semoga setiap pilihan dan perkara yang aku lakukan adalah perkara yang
terbaik untuk diriku. Ya Allah, kau berilah aku kejayaan dunia dan akhirat."