Thursday, 19 August 2010

bazar Ramadhan

hari nih hari ke sembilan kita umat Islam berpuasa kan? hari ini, aku dan teman-tamanku pergi ke bazar Ramadhan di Medan ini. kami bertolak kira-kira pukul 5.30 dari rumah kemudian menjemput izat di rumahnya. seperti biasa lah kan, Medan ini terkenal dengan kesibukan lalu lintasnya. kami sampai di Ramadhan fair itu kira-kira sepuloh minit sebelom berbuka. sampai2, kami seperti dipaksa untuk berkunjung ke gerai-gerai mereka. bazar di sini berlainan sekali. kalau di Malaysia, kita sering membeli sahaja juadah berbuka puasa dan makan sahaja di rumah kan? tetapi, di sini ada hampir kesemua gerai menyediakan ruang makan. memandangkan hari ini hujan rintik-rintik, pelanggan tidak terlalu ramai di situ. jadi, kami ini bagai pembawa rezeki kepada mereka... oleh itu, banyak jugalah pemilik gerai yang menarik-narik kami untuk makan... akhirnya kami makan di gerai yang menyediakan tempat mkan berbumbung.. haha... aku makan nasi sama ayam bakar.. jiejie juga.. izat, qis dan rowm makan nasi uduk... raihan pulak makan soto... nasi dan ayam bakar itu disertakan sekali dengan urap.. urap nih boleh di samakan dengan kerabu sayur di Malaysia. sedap, ditambah pula dengan sambalnya yang pedas!! marvellouse!! nasi uduk pula seperti gambar di bawah..



nasi uduk medan.. yummy!! urap Medan = Kerabu Malaysia


kami semua minum air teh saja... ada juga sate ayam.. kuahnya seperti kuah ayam percik.. huhu.. tapi lagi sedap sate malaysia.. seusai makan, kami menunaikan solat di masjid raya

masjid raya, medan
selepas itu kami berjalan-jalan sebentar di simpang raya... itu jeleh catatan setakat ini...

No comments: