Friday 30 July 2010

..::nothing::..

hmm.. nih entry aku before aku pergi ke USU. sebenarnya entry kali ini lebih kepada luahan hati nih. perasaan berbelah bahagi selepas membuat keputusan. perkara nih mungkin la biasa bagi mereka yang semakin hampir dengan pertemuan kepada setiap keputusan mereka(apa ayat nih? aku pun tak faham...) tapi yang penting camtuh la lebih kurang. tadi aku buat medical check up di sebuat tempat di Malaysia. sambil membuat pemeriksaan ke atas aku, dia bercerita sambil memberikan pendapat dia tentang melanjutkan pelajaran ke luar negara nih.. kesannya? sangatla bagus.. berjaya menurunkan semangat aku sebanyak beberapa peratus!!! geramnya.. hati aku dah berbelah bahagi balik. hampir kesemua kata-katanya menurunkan semangat aku... cuma satu jerk.."kenalah belajar betul2." geram betul.. dia membuatkan aku fikir yang salah ke aku pilih jalan nih? tersenyap gak aku dalam kereta tadi.. takpelah.. walaupun mungkin aku agak lambat untuk menjadi doktor, tapi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian nih...

"Allah bukan taknak bagi kejayaan itu kepada kita sekrang, tapi mungkin lambat sikit supaya ia lebih bermakna dan lebih baik untuk kita. Allah mengetahui semuanya apa yang terbaik untuk kita. yang penting usaha, doa dan tawakal... insya Allah."

-satu perkongsian yang mungkin terlalu mengikiut perasaan.. maaf ye-

Saturday 17 July 2010

Dari Al-Quran –AYAT SERIBU DINAR-

alhamdulilah, tergerak hati saya untuk menulis mengenai ayat-ayat al-Quran. bukan apa, saya ada juga menghafal dan mengamalkan ayat-ayat atau surah-surah di dalam al-Quran tetapi seringkali tertanya-tanya, apakah fadhilat khusus ayat-ayat ini? (mohon dibetulkan sekiranya penyataan saya ini salah) sebaga langkah pertama, mari kita belajar tentang ayat seribu dinar.

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya'Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta'ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta'ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya'Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta'ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

bismillaahir rahmanir rahiim shollaallaahu alaa muhammad. sedikit penjabaran dari ayat tersebut "taqwa" adlah takut, patuh, dan cinta kepada Allah salah satu jalannya adlh bersyukur dengan apa yg Allah anugrahkan kepada kita dengn jalan memanfaatkan, mengelola, dan menggunakan semua potensi yg diberikan Allah kepada kita, seperti kesehatan, akal fikiran, maupun alam semesta dengn bgt maka jalankeluar yg dijadikan menjadi sebuah keniscayaan. sedangkan bertawakal adlh berdoa, berusaha dan mengembalikan semuanya kepada Allah sebagai sumber kekuatan. nah ini salah satu jalan pengamalan ayat seribu dinar baca 11x ba'da shalat subuh selama 41 hari insya Allah dihari ke 10 atau 20 sdh kelihatan pertolongan dari Allah.

Alhamdulillah, walaupun saya hanya copy dan paste sahaja, mudah-mudahan ia membawa berkat. untuk keleman asalnya, tekan di sini. Nak ulas sendiri, kemahiran itu belum ada, ilmu juga sangat sedikit. tidak berani menyampaikan mengikut pendapat sendiri. lebih baik merujuk kepada orang yang lebih mengetahui. akhir kalam, marilah kita mengamalkan ayat ini. wallahu alam

puisi manusia pilihan

sebagai permulaan entry saya yang baru ini, marilah kita menghayati satu puisi yang saya ambil dari iluvislam sebagai renungan bersama.. Insya Allah

Di sini ada satu cerita.

Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."

Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.

Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.

"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."

Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?

seperti yang kita semua maklum, kisah yang terselit dalam puisi ini mampu menitiskan air mata kita. Begitu sayang Rasululah dengan kita. Sehingga akhir, kita juga yang disebut-sebut. hati saya begitu sebak saat pertama kali membaca kisah sebegini. Pernah juga air mata mengalir. Tetapi, mungkin will saya tidak cukup kuat, perubahan dibuat sedikit cuma. ketika saya kealpaan pasti ada sahaja mesej-mesej dari sahabat-sahabat saya yang mengingatkan saya kembali. malah, kebanyakan mesej itu saya percaya hadir secara kebetulan. tidak kisah melalui emel, facebook, atau SMS. kepada sahabat, semoga Allah membalas jasa kalian.

teringat pengisian kem bro tatanegara yang saya hadiri tidak lama dulu. mengingati jasa pembela negara kerana, dengan adanya mereka kita mengecapi apa yang kita ada sekarang. terima kasih tidak tertingi kepada kalian. sepanjang kem itu, pernah sekali dua saya terimbau dengan satu kisah seorang hamba Allah(saya tidak pasti siapa) yang menanam pokok untuk kebaikan dan nikmat generasi seterusnya. Subhanalah! sungguh tulus niatnya. manusia biasa mungkin tidak akan berfikir begitu. banyak manusia mementingkan kepentingan diri sendiri. lupa pada jasa orang dahulu. lupa pada siapa kita patut berterima kasih. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Engkau berikan.

akhir kata," Disaat kita telah dilahirkan ke dunia ini,kita smemangnya telah dikurniakan nikmat yg plg besar iaitu ISLAM....Justeru itu,CINTA thdp Allah dan Rasul perlu dipupuk...insyaAllah"

Saturday 10 July 2010

future

mungkin ini adalah first entry yang aku tulis berkaitan dengan hati dan perasaan aku. sebenarnya seram sikit nak tulis yang lahir tulus dari hati, takut ada yang salah mentafsir. tak pasal-pasal kena tahan ke ISA... haha... apalah.. aku start merepek dah. memandangkan aku baru sahaja habis menyertai biro tata negara, mehlah aku citer sket2 tentang BTN nih. BTN yang aku hadiri nh khusus untuk mahasiswa yang akan ke luar negara. so yang ada pun, sebaya la lebih kurang. paling muda, 19 tahun(akulah tuh:)) huhu... ok, kem nih secara keseluruhannya mengajak kita semua untuk memehami isi kandungan perlembagaan yang seringkali dimanipulasikan oleh pihak tertentu. cara penyampaian yang agak berkesan saya kira, kerana hampir semua pesserta bersemangat dan bersungguh menjalankan peranan masing2 kali ini. lebih2 lagi dalam LDK kami yang terakhir.. bergetar jantung aku.. haha.. takleh nak share manyak2.. tak reti nak citer...

n then, skunk pasal maa depan. aku taktau lah pilihan aku nih betul ke apa ke... aku taktau...
aku keliru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
keliru.. taktau nak watper tau tak?
apa akan jadik kalau apa yang aku mitak tak dapat?
waaaaa!!!!!!! tensionnyer...