Monday 25 October 2010

i and my little world

hello!!! pernah tak korunk terfikir yang setiap orang itu mempunyai dunia kecilnya sendirik?? kebanyakannya bersifat fantasi.. tapi sebenarnya boleh jugak bersifat realiti.. kita selalu dengar orang cakap kan?? "biarlah dia dengan dunia dier sendirik.." apa maksudnya tuh?

bagi aku dunia ini memang wujud. setiap orang mempunyai dunia mereka sendiri.. aku lebih suka menyambapikan dengan kata yang lain.. setiap orang memerlukan ruang dalam hidup ini... ruang itulah dunia mereka... bukankah hanya diri kita yang mengetahui dengan terbaiknya tentang diri kita? selain itu, setiap manusia juga memerlukan ruang untuk mereka menenangkan fikiran, menyimpan rahsia dan lain2... jadik jangan deny bahawa anda pernah hidup dalam dunia anda....

lagi satu, selain dari dunia ini, hari ini saya teringin ingn menyentuh tentang mimpi... dulu, masa belajar human behavioural waktu pre-med, dream is wish fulfillment.. maksudnya, kalau kita ada wish yang tak kesampaian secara realitinya, mungkin kita akan terbawa-bawa sehingga ke dalam tidur.. persoalannya di sini, apakah perbezaan tidur siang dan malam??? adakah ia memberi impak terhadap apa yang kita mimpi... berdasarkan diri saya, selalunya mimpi siang itu selalunya mimpi2 yang merepek... yang tak logik, dan lebih mudah diingati(mungkin sebab tak logik kot... lebih mudah diingati.. hehe)... manakala mimpi yang berlaku pada waktu malam itu, sukar untuk diingati, dan kalau teringat pon, mesti ada kaitan dengan realiti hidup sebenar... tapi tgk jugak tidur malam tuh start pukul berapa.. hehe.... apa lah yang mempengaruhi mimpi wajtu tidur nih? hormon??? makanan? kejadian yang berlaku seharian?? kehendak? saya sendiri tidak ada jawapannya.. tapi perasan tak yang kadang2 tidur malam nih membuatkan kita yang tgh tidur nih menzahirkan apa yang kita mimpi.. contohnya kita menangis?? kena kejar, lompat2 ke??? tgh berpeluh ke?? mesti bangun2, ada air mata meleleh.. badan berpeluh ke..(ada gak org deny kata mungkin sebab panas time tuh...) haha.. tapi yang pastinya, setiap org mesti ingat mimpi yang paling bermakna bagi dia kan????? nanti, saya lanjutkan post nih dengan sedikit research pasal mimpi, k??

Tuesday 19 October 2010

sehari bersama kekotoran..

haha, sebenarnya taktau nak panggil mender tuh kotor ke tak.. tapi semalam aku ada lab pharmaco ngan lab parasit?? mesti korunk agak apa yang kotornya lab pharmaco.. kalau parasit maybe lah kotor.. kan??? actually semalam kitorunk wat experiment on the effect of certain drugs on mice.. wa.. kesian tau aku tgk mice tuh.. dalam group aku 3 org, tapi 2 org jerk yang pegang mice tuh.. yang satu lagi tuh buat kerja tak berkaitan dengan memegang mice.. hehehe... masa aku nak angkat mice tu untuk ditimbang beberapa kali aku terlepas mice tuh... tapi lepaskn dalam kotak la.. bukan dekat sebarangan tempat... punya lah susah sebab dier bukannya faham apa kita cakap pon.. dia berlari-lari mencari pertolongan.. satu group dapat dua tikus.. so ada stu mice aku yang agak agresif, satu lagi cam boleh tipu... macam2 perangan tikus nih.. cam manusia gak.. tapi apa yang aku kesian time aku nak inject drug kat peha dua2 mice nih.. kesian sgt,,, boleh dengar bunyi dia sakit tuh... dahlah aku main sukati jerk inject.. taktau betul ke tak.. first drug adalah untuk demamkan tikus nih... so, setelah beberapa minit, lebih kurang 10-15 minit, tikus nih pon demamlah.. kau boleh rasa dia demam, panas kot ekor dier... a the same day, aku pon rasa cam demam gak.. hehe.... so amek suhu dan make sure yang dia nih ada peluh ke tak... pastuh kena bagi dia makan ubat demam dier.. masalahnya kitorunk tak sempat.. kesian dier demam tak disembuhkan.. btw, sorry yer tikus... kami tak bersalah dan bukan sengaja.... n yang menariknya, first time lab pharmaco TAKDE quiz!!!!!!!

lab parasit plak, ujian praktikal cicilan bukan main susah.. actually maybe tak susah mana kot, tapi konfius giler2... huhuhu.. dah baper banyak spesies kitorunk belajar, mana tak confuse... masa yang disediakan plak sangat lah sedikit... yelah, nak tgk spesimen lagi, nak fikir apa benda tuh, nak fikir camner nak namakan mende tak... hehehe... amek masa lah gak.. apa-apapon aku pray for the best gor next quiz, histo, pharmaco, mikrob, anat, parasit and physio... eh physio lecture jerk... oklah.. got to go.. gi class... da~~~ salam...

Monday 18 October 2010

19 OKTOBER 2010

erm.. apa yang spesialnya ngan date nih?? nothing special.. saja pilih untuk letak tajuk post nih.. sebenarnya, aku semasa menulis post ini agak kurang sihat gara-gara batuk dan selsema serta suhu badan yang agak meningkat... jadi mungkin merepek sikitlah apa yang aku tulis nih. pertama sekali, aku baru jerk dapat keputusan BBC aku yang lalu. teruklah jugak.. itu tandanya aku makin malas belajar.. apa nak jadik dengan diri ini.. haha.. nasiblah.. takper2... belajar rajin2 ye Naimah...pastuh baru-baru nih aku purposely delete one of my friends in fb... rasa bersalah plak,, lagi2 bila orang tuh add aku balik..
di sini saya ingin meminta maaf kepada orang yang berkenaan...
Maafkan saya..

di sini jugak saya nak berterima kasih kepada mereka-mereka yang banyak bersusah payah menolong saya sepanjang saya di sini.. my family, acms-USU students, along, my housemate, my classmate.. huhu.. cam sesi berterima kasih plak.. entah.. erm..

Sunday 3 October 2010

miserable

banyak sangat benda yang berlaku dalam waktu singkat.. yang harus diselesaikan dalam waktu singkat.... smpai taktau nak buat mana satu dulu... ada jugak yang tak boleh diselesaikan dengan mudah atau mungkin tak boleh diselesaikan langsung, unless i take a very brave steps to solve that problem... huhu, i am not that brave.. well, doakanlah supaya saya tabah menempuhi... amin...

Looking back, I have this to regret, that too often when I loved, I did not say so.

Monday 27 September 2010

short post

.....speechless.....
......too many things happen in a short time......
......please pray for me so that i will be able to go through all these.....
......(-_<).......

Saturday 18 September 2010

Blok Basic Biomedical Science

hari isnin ini, saya akan masuk blok baru, biomed sc. rasanya bok nih cam agak complicated... agak lain dengan system senior2 kitorunk kat sini. tutorial akder... lab at least satu sehari. tapi almost everyday ada dua lab.. ada enam subjek kitorunk belajar, anatomy, fisiologi, farmakologi, histology, mikrobiologi ngan parasitologi..... rata-rata subjek nih kitorunk ada 20-30 mata kuliah... cam credit hour la kiranya.. banyakkan???? mana ntah nak isi dalam otak nih.. boleh kot.. sebab einstein yang genius habis tuh pon hanya guna 5% dari otak dia.. magic kan?? itulah kuasa Allah yang kita kena tahu.. tak sabar rasanya nak masuk blok baru sambil belajar benda baru dan menemui cara baru menyumbat otak dengan maklumat yang baru dan suasana yang baru.. huhu.. complicated tak ayat??? -blink2- tapi untuk masa yang akan datang nih, belajarlah bersungguh-sungguh, tiada apa yang mudah dalam hidup.. buat sesuatu dengan tekad dan usaha, insya Allah akan mendapat yang dikehendaki.. jangan lupa dia dan tawakkal juga.. sesungguhnya Allah menyayangi orang yang bertawakkal kepadanya..... ok, smpi sini...

"BLOK BARU, CARA BARU, AZAM BARU"

Monday 30 August 2010

terima kasih

di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang saya kira banyak membantu saya.. taktahulah dier perasan ke tak, tapi setiap kali saya berasa susah hati, saya akan mencari masa untuk berborak dengannya. bukannya menceritakan masalah saya, tapi hanya untuk menenangkan hati saya... memang hampir setiap kali saya melakukan begitu. maaf ya, jika anda terasa seperti saya hanya mencari awak ketika saya susah. tapi, bantuan awak sangat saya hargai. sebenarnya seringkali juga saya ingin berkongsi, tetapi tidak terkeluar pula.. apa-apa pon, terima kasih along..

Sunday 22 August 2010

hari ultah di MEDAN

hi guys! hari nih adalah sehari selepas hari ultah saya! nak tau apa itu hari ultah? hari ultah merupakan singkatan dari hari ulang tahun. ia bersamaan dengan hari jadi la. menjelang malam 21 ogos 2010, bertempat di Tasbi, Medan, qis, jiejie, rowm n raihan telah meraikan hari ultah saya. saya rasa terharu yang teramat sehingga ingin mengalirkan air mata. tetapi kerana sifat maco, tak jadik pulak air mata tuh nak keluar. thanks for the chocolate cake bread talk. lezat bangat!! sehingga hari ini pun tak habis2 lagik. malam tuh makan cake ngan apple tea hasil tangan rommanah azmi. alhamdulillah, perut yang kosong mejadi penuh. terima kasih korang sumer. tak lupa juga kepada semua yang wish birthday saya. tak kisah lah melalui apa cara sekalipun. sms, facebook hatta yang menelepon. thanks to my mother n father. without both of you, i cannot even exist in this fantastic but cruel world!!! haha...

pada hari yang sama, kami ada majlis berbuka puasa untuk kaum muslimat di FKG(fakulti kedokteran gigi). jangan salah sebut. di sini sebutannya f-ka-ge... huhu.. pelik tapi menarik. fakulti kedokteran sebutannya pulak f-ka... majlis tuh bestlah jugak. dapat kenal muslimat dari Malaysia serta dapat berkongsi dan berkenalan dengan ramai senior. walaupun 90% yang berkenalan dah lupa dah pulak nama diorunk. thanks to BADAR kat sini kerana menganjurkan majlis hebat seumpama itu. btw, first time rasa lakse kelantan waktu majlis tuh. SEDAPPPP!!!

balik maklis tuh, makan lagi!!! cake breadtalk yang tak habis dengan nasi rantang yang kitorunk order. wahahahahaha!! perut mintak diisi lagik!!! lepas makan ingatkan nak buat report praktikum biokimia, tetapi tertidur di sofa kerana kekenyangan yang amat. semalam tidur kat luar bilik sebab kat luar sejuk!!! best!!!! pagi bangun, terlepas sahur!!! tapi nasib baik dah makan sebanyak-banyaknya malam tuh. huhu.. sembahyang subuh semua..pastuh ingat nak tidur balik, takleh plak.. report biokimia menanti. ISOLASI DNA.. yang dah berminggu-minggu tertangguh.... akhirnya 90% siap.. tinggal perbahaan dan pejilidan. insyaAllah esok siap.

itu jerk kot setakat ini. kalau nak tahu perkembangan, rajin-rajinlah bukak blog nih. haha, macamlah ada yang baca.. syoksen plak.. ok, adios.. da... love people who love me.. haha.... wassalam...

Thursday 19 August 2010

bazar Ramadhan

hari nih hari ke sembilan kita umat Islam berpuasa kan? hari ini, aku dan teman-tamanku pergi ke bazar Ramadhan di Medan ini. kami bertolak kira-kira pukul 5.30 dari rumah kemudian menjemput izat di rumahnya. seperti biasa lah kan, Medan ini terkenal dengan kesibukan lalu lintasnya. kami sampai di Ramadhan fair itu kira-kira sepuloh minit sebelom berbuka. sampai2, kami seperti dipaksa untuk berkunjung ke gerai-gerai mereka. bazar di sini berlainan sekali. kalau di Malaysia, kita sering membeli sahaja juadah berbuka puasa dan makan sahaja di rumah kan? tetapi, di sini ada hampir kesemua gerai menyediakan ruang makan. memandangkan hari ini hujan rintik-rintik, pelanggan tidak terlalu ramai di situ. jadi, kami ini bagai pembawa rezeki kepada mereka... oleh itu, banyak jugalah pemilik gerai yang menarik-narik kami untuk makan... akhirnya kami makan di gerai yang menyediakan tempat mkan berbumbung.. haha... aku makan nasi sama ayam bakar.. jiejie juga.. izat, qis dan rowm makan nasi uduk... raihan pulak makan soto... nasi dan ayam bakar itu disertakan sekali dengan urap.. urap nih boleh di samakan dengan kerabu sayur di Malaysia. sedap, ditambah pula dengan sambalnya yang pedas!! marvellouse!! nasi uduk pula seperti gambar di bawah..



nasi uduk medan.. yummy!! urap Medan = Kerabu Malaysia


kami semua minum air teh saja... ada juga sate ayam.. kuahnya seperti kuah ayam percik.. huhu.. tapi lagi sedap sate malaysia.. seusai makan, kami menunaikan solat di masjid raya

masjid raya, medan
selepas itu kami berjalan-jalan sebentar di simpang raya... itu jeleh catatan setakat ini...

Monday 16 August 2010

merdeka walk in medan

hari ini merupakan hari kemerdekaan Republik Indonesia. Tempat aku bermastautin sekarang. malam tadi salah seorang senior rumah aku mengajak kitorunk jalan2jalan ke Merdeka Walk nih. nak tengok kemeriahan suasana merdeka kat sini. so, around 8.30 kitorunk keluar naik teksi putih. okay, meh aku terangkan pasal teksi putih. teksi putih nih teksi yang guna meter, minimal rate dier 25000, kalau kurang dari tuh kena 25000 rp gak, kalau lebih, ikutlah meter tuh. ok, berbalik kepada kisah tadi. kami jalan2. ada banyak giler kedai makanan kat situ. lepas jalan2 sikit, kitorunk makan kat restoran nelayan. restoran nih mainly serve udang. for a long time, malam tadi aku berjaya makan udang. huhu.. tapi sikit jerkla. pastuh yang aku paling suka, durian pancake dier. wah!! rasa pure durian. teringat plak melantak durian time habis pre-med dulu. manis habislah.. tapi member sumer kat sini kata dier letak gula.. pastuh kitorunk sembang2 ngan senior tuh.. berejam lah jugak... huhu.. gerak balik tasbi, pukul 12.30.. wakaka.. lambat kot.. tapi takperlah.. sekali-sekala.. sampai umah kol 1 lebih.. balik2 tgk tv jap.. pastuh tido la apa lagik... huhu

Sunday 15 August 2010

bulan puasa pertama di luar Malaysia

assalamualaikum semua!!! sudah lima hari kita semua berpuasa.. pasti kita semua mahu menjalani ibadah puasa pada tahun ini sebaik mungkin.. ayuh, kita kentalkan semangat lebih-lebih lagi saya! pada tahun ini, saya berpuasa di Medan Indonesia kerana melanjutkan pelajaran di sini. Puasa di sini menurut penjaga rumah saya, sungguh meriah. sepanjang berpuasa ini, insya Allah saya tidak akan mengalami masalah untuk mendapatkan makanan berbuka kerana saya mendapatkan khidmat cathering ataupu disebut "rantang" di sini. satu hari 8000rp... bersamaan RM2.857.. murah kan? tetapi duit di sini mengalir bagaikan air. dengan sebuatan ribuan rupiah, menakutkan dan menggentarkan hati sesiapa sahaja yang baru sampai ke sini. aku juga sudah pandai menjadi manusia paling berkira di sini. apa sahaja barag yang mahu dibeli, mesti difikir yang mana satu paling murah dan yang paling baik! beginilah kot menjalani kehidupan di negara orang. semua perkara diambil kira. tugas kami di sini bukan sahaja berdepan dengan masalah adaptasi kehidupan tetapi juga masalah-masalah yang akan kami selesaikan pada masa hadapan kerana urusan imigrasi. visa yang kami gunakan ialah visa B.. bisa ini memerlukan pemanjangan. pemanjangan visa memerlukan surat fakultas dan juga surat konsulat jeneral(konjen). selepas itu barulah KITTAS dapat dibuat. selepas buat KITTAS, setiap kali mahu pulang, kami akan memerlukan ERP, exit re-entry permit. ini juga memerlukan surat fakultas dan juga surat konjen. ini yang serba sedikit yang saya tahulah. apa yang akan dialami oleh kami pada masa akan datang, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. yang penting, kalian semua mendoakan kesejahteraan kami semua di sini....

Sunday 1 August 2010

..::Lusa::..

saja nak post entry nih. padahal takderla apa sangat nak tulis pon. hmm.. nih nak tulis pon lambat2. tak lama lagi aku akan menjadi medical student. haha.. apa perasaan aku sekarang? aku takut!! wah, fasa terpenting dalam hidup aku. memang kena berusaha sungguh-sungguh. tak sangka macam cepat jerk. padahal cam tak ready sangat. boleh ke aku cakap camtuh. macammana rasanyer ea? huhu.. walaupun takder la jauh sangat tempat aku belajar nih, tapi still kena menyesuaikan diri. tapi aku percaya dengan doa keluarga dan sokongan kawan-kawan, kami semua akan berjaya! yeah!!!!


"ya Allah, hambaMu ini meminta pertolonganMu. Kau permudahkanlah segala
urusanku. Kau selamatkanlah diriku dari segala kejahatan dunia dan akhirat. Ya
Allah, semoga setiap pilihan dan perkara yang aku lakukan adalah perkara yang
terbaik untuk diriku. Ya Allah, kau berilah aku kejayaan dunia dan akhirat."

Friday 30 July 2010

..::nothing::..

hmm.. nih entry aku before aku pergi ke USU. sebenarnya entry kali ini lebih kepada luahan hati nih. perasaan berbelah bahagi selepas membuat keputusan. perkara nih mungkin la biasa bagi mereka yang semakin hampir dengan pertemuan kepada setiap keputusan mereka(apa ayat nih? aku pun tak faham...) tapi yang penting camtuh la lebih kurang. tadi aku buat medical check up di sebuat tempat di Malaysia. sambil membuat pemeriksaan ke atas aku, dia bercerita sambil memberikan pendapat dia tentang melanjutkan pelajaran ke luar negara nih.. kesannya? sangatla bagus.. berjaya menurunkan semangat aku sebanyak beberapa peratus!!! geramnya.. hati aku dah berbelah bahagi balik. hampir kesemua kata-katanya menurunkan semangat aku... cuma satu jerk.."kenalah belajar betul2." geram betul.. dia membuatkan aku fikir yang salah ke aku pilih jalan nih? tersenyap gak aku dalam kereta tadi.. takpelah.. walaupun mungkin aku agak lambat untuk menjadi doktor, tapi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian nih...

"Allah bukan taknak bagi kejayaan itu kepada kita sekrang, tapi mungkin lambat sikit supaya ia lebih bermakna dan lebih baik untuk kita. Allah mengetahui semuanya apa yang terbaik untuk kita. yang penting usaha, doa dan tawakal... insya Allah."

-satu perkongsian yang mungkin terlalu mengikiut perasaan.. maaf ye-

Saturday 17 July 2010

Dari Al-Quran –AYAT SERIBU DINAR-

alhamdulilah, tergerak hati saya untuk menulis mengenai ayat-ayat al-Quran. bukan apa, saya ada juga menghafal dan mengamalkan ayat-ayat atau surah-surah di dalam al-Quran tetapi seringkali tertanya-tanya, apakah fadhilat khusus ayat-ayat ini? (mohon dibetulkan sekiranya penyataan saya ini salah) sebaga langkah pertama, mari kita belajar tentang ayat seribu dinar.

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya'Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta'ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta'ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya'Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta'ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

bismillaahir rahmanir rahiim shollaallaahu alaa muhammad. sedikit penjabaran dari ayat tersebut "taqwa" adlah takut, patuh, dan cinta kepada Allah salah satu jalannya adlh bersyukur dengan apa yg Allah anugrahkan kepada kita dengn jalan memanfaatkan, mengelola, dan menggunakan semua potensi yg diberikan Allah kepada kita, seperti kesehatan, akal fikiran, maupun alam semesta dengn bgt maka jalankeluar yg dijadikan menjadi sebuah keniscayaan. sedangkan bertawakal adlh berdoa, berusaha dan mengembalikan semuanya kepada Allah sebagai sumber kekuatan. nah ini salah satu jalan pengamalan ayat seribu dinar baca 11x ba'da shalat subuh selama 41 hari insya Allah dihari ke 10 atau 20 sdh kelihatan pertolongan dari Allah.

Alhamdulillah, walaupun saya hanya copy dan paste sahaja, mudah-mudahan ia membawa berkat. untuk keleman asalnya, tekan di sini. Nak ulas sendiri, kemahiran itu belum ada, ilmu juga sangat sedikit. tidak berani menyampaikan mengikut pendapat sendiri. lebih baik merujuk kepada orang yang lebih mengetahui. akhir kalam, marilah kita mengamalkan ayat ini. wallahu alam

puisi manusia pilihan

sebagai permulaan entry saya yang baru ini, marilah kita menghayati satu puisi yang saya ambil dari iluvislam sebagai renungan bersama.. Insya Allah

Di sini ada satu cerita.

Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."

Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.

Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.

"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."

Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?

seperti yang kita semua maklum, kisah yang terselit dalam puisi ini mampu menitiskan air mata kita. Begitu sayang Rasululah dengan kita. Sehingga akhir, kita juga yang disebut-sebut. hati saya begitu sebak saat pertama kali membaca kisah sebegini. Pernah juga air mata mengalir. Tetapi, mungkin will saya tidak cukup kuat, perubahan dibuat sedikit cuma. ketika saya kealpaan pasti ada sahaja mesej-mesej dari sahabat-sahabat saya yang mengingatkan saya kembali. malah, kebanyakan mesej itu saya percaya hadir secara kebetulan. tidak kisah melalui emel, facebook, atau SMS. kepada sahabat, semoga Allah membalas jasa kalian.

teringat pengisian kem bro tatanegara yang saya hadiri tidak lama dulu. mengingati jasa pembela negara kerana, dengan adanya mereka kita mengecapi apa yang kita ada sekarang. terima kasih tidak tertingi kepada kalian. sepanjang kem itu, pernah sekali dua saya terimbau dengan satu kisah seorang hamba Allah(saya tidak pasti siapa) yang menanam pokok untuk kebaikan dan nikmat generasi seterusnya. Subhanalah! sungguh tulus niatnya. manusia biasa mungkin tidak akan berfikir begitu. banyak manusia mementingkan kepentingan diri sendiri. lupa pada jasa orang dahulu. lupa pada siapa kita patut berterima kasih. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Engkau berikan.

akhir kata," Disaat kita telah dilahirkan ke dunia ini,kita smemangnya telah dikurniakan nikmat yg plg besar iaitu ISLAM....Justeru itu,CINTA thdp Allah dan Rasul perlu dipupuk...insyaAllah"

Saturday 10 July 2010

future

mungkin ini adalah first entry yang aku tulis berkaitan dengan hati dan perasaan aku. sebenarnya seram sikit nak tulis yang lahir tulus dari hati, takut ada yang salah mentafsir. tak pasal-pasal kena tahan ke ISA... haha... apalah.. aku start merepek dah. memandangkan aku baru sahaja habis menyertai biro tata negara, mehlah aku citer sket2 tentang BTN nih. BTN yang aku hadiri nh khusus untuk mahasiswa yang akan ke luar negara. so yang ada pun, sebaya la lebih kurang. paling muda, 19 tahun(akulah tuh:)) huhu... ok, kem nih secara keseluruhannya mengajak kita semua untuk memehami isi kandungan perlembagaan yang seringkali dimanipulasikan oleh pihak tertentu. cara penyampaian yang agak berkesan saya kira, kerana hampir semua pesserta bersemangat dan bersungguh menjalankan peranan masing2 kali ini. lebih2 lagi dalam LDK kami yang terakhir.. bergetar jantung aku.. haha.. takleh nak share manyak2.. tak reti nak citer...

n then, skunk pasal maa depan. aku taktau lah pilihan aku nih betul ke apa ke... aku taktau...
aku keliru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
keliru.. taktau nak watper tau tak?
apa akan jadik kalau apa yang aku mitak tak dapat?
waaaaa!!!!!!! tensionnyer...

Saturday 26 June 2010

Warmness of the Soul – Avenged Sevenfold

Your hazel green tint eyes watching every move I make.
And that feeling of doubt, it’s erased.
I’ll never feel alone again with you by my side.
You’re the one, and in you I confide.

And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You’ve been there from the start for me.
And your love’s always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.

And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You’ve been there from the start for me.
And your love’s always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.

I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.

Friday 25 June 2010

SAYONARA

Hari ini merupakan hari terakhir aku menjadi seorang pelajar pre medical foundation. Kepada kelas pre-med 09/10, kamu semua memang the best. Thanks for helping me in creating sweet memories to be inserted to a chapter of my life. This will be included in what number of chapter, I don't know yet. Sorry, guys!!! My special thanks to my classmate 09/10


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Banyak benda nak cakap kat sini, tapi sekelas ngan kamu semua memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Thanks for everything, cupcakes!!! let's pray for our success!!!

Wednesday 26 May 2010

Hospital Angkatan Tentera

hari selasa yang lepas, bdak premed pergi Lumut untuk lawatan ke hospital angkatan tentera... best larr gak.. sumer yang berpangkat dr.. menjadik kapten di sana.. huhu.. apa2 la.. masuk2 kena lecture psal baro medicine.. ngeri larr gak tgk kecederaan yang dialami oleh divers.. huhu.. basically alat tuh trbhagi tiga komponen.. dtc, ctc ngan apa ntah satu lagik... nama mender tuh pon tak ingat.. pastuh.. kitorank tgk ct scan, mri, lagik apa ek.. dr kat rediology tuh best.. Dr Megan.. cam belejat anatomy jap kat situ.. huhu... pastuh mr muthusamy ke apa ntah.. kat ct scan tuh best gak.. tapi paling best kat dental clinic.. dr tuh cool tol.. apa nama dierr ek? dah tak ingat plak... nih gambar lagik!!

berhenti sarapan


smpi dah...



lecturers.. (yg pki lab coat tuh bkn..)


cuBA2..

dgn dr cool.. huhu

An Evening of Mystery and Magic

selamat sejahtera semua. pada 22 mei yang lepas, pelajar pre-med telah mengadakan satu majlis makan malam bagi semua ahli kelas kami. majlis nih merupakan majlis makan malam yang terakhir bagi kami semua dan bertujuan juga sebagai farewell party untuk kami semua. pada malam ini juga, newsletter kami semua dilancarkan. majlis makan malam nih pada mulanya agak tidak berjalan lancar, tetapi akhirnya berjaya disempurnakan dengan kerjasama semua rakan-rakan. huhu.. ayat skema habis dah.. malam tuh, persembahan menariklah jugak.. huhu.. SWAY AND SWING.. huhu.. no more words.. enjoy the picS!


saya...



saya lagik


saya dan DIHA


me and my choc giver, najihah


us, G-O6-C

Tuesday 18 May 2010

dinner is coming

DATE : MAY 22, 2010
VENUE : PENANG GOLF RESOR

untuk student pre med.. jayakanlah malam nih sbgi malam yang kita semua akan ingat smpi biler2.. huhu.. enjoy yourself!!!

aku, dia dan mereka..

Friday 14 May 2010

Tuesday 11 May 2010

pagi di kelas

hari nh hari rabu.. Haha.. Sumer 0rg tahu k0t.. I'm p0sting thr0ugh mardiha's ph0ne.. Huhu.. Mardiha suke skuter.. Tp dia x pernh pun naik.. Huhu.. Merepeklak ak. Skunk takda class.. Lg dua bulan nk habis premedic..Cm tak caya jek nk masuk md dah.. Ay0y0.. I'M BEC0MING A D0CT0R..

Thursday 15 April 2010

kembali

setelah sekian lama aku tidak menulis di blog ini, akhirnya tangan ini kembali bergerak, melangkah dari satu ke satu untuk menghasilkan huruf, membentuk perkataan, melengkapi ayat, dan membina satu cerita. cewahh!!! ayat aku tak leh blah plak.. huhu...
sebenarnya takder apa nak cerita. penghasilan post ini disebabkan paksaan oleh muhd khairul farhan yang tersgt 'baik.' nih, amek, aku dah post baru..
meh lah aku citer sket kehidupan aku kat sini.. ini merupakan sem terakhir aku di sini.. tak sedar plak yang aku nih dah nak masuk MD.. wawa... tak sabar, tapi takut.. huhu.. apa2 la.. lagi dua bulan jerk pon nak menghadapi suasana yang berdebar tuh.. rasa macam kecik lagi, tapi dah nak amek degree plak.. persiapan fizikal dan mental yang tak cukup.. fizikal memang la macam nih jerk kot.. tapi mental? wawawa.... nak masuk mana pon tak tau lagik... huhu.. semakin meningkat umur, semakin banyak keputusan besar yang kena dibuat sendirik... cukup bersedia ke? huhu, senak dada biler fikir.. kalau takyah fikir plak, cam melarikan diri jerk.. tak elok.. huhu.. terimalah kenyataan...


-naimah-

Saturday 20 March 2010

i made it!!

finally, i made it! the same result as on the previous sem. now, i'm doing my last sem. a lot of reading subject, actually all except one.. English.. ha ha.. but to improve that, must have a lot of reading also.. one sem left and insya Allah i'll enter medicine degree.. huhu.. cannot wait to do it!! haha

GANBATTE!!

Wednesday 17 February 2010

Want to pursue your study under MOE scholarship?

Assalamualaikum..

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai interview untuk menjadi guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya akan mengkategorikan post ini kepada tiga bahagian, sebelum, semasa dan selepas temuduga.

SEBELUM TEMUDUGA

Skop ini merangkumi proses kita apply. Apa yang paling penting, kita kena rajin baca newspaper and bukak MOE punyer website. And then, macam tahun lepas, dia ada kategorikan untuk apply yang mana satu. Yang saya ingat

  • Untuk math, physics, bio and chemistry : yang nih wat foundation, then fly pastuh balik untuk buat kursus perguruan pulak..
  • Untuk bahasa perancis : yang nih nanti fly pergi Perancis rasanya. Hanya untuk sesapa yang pernag belajar
  • Subjek lain : yang nih tak berapa nak ingat..

Waktu isi borang di internet, saya pilih dua subjek, pilihan pertama : Chemistry dan yang kedua Mathematics. Hmm.. Dua subjek nih dipilih berdasarkan minat saya yang mendalam dalam dua2 subjek nih. Untuk setiap kategori nih, dia ada syarat-syarat tertentu. Saya tak ingat apa tapi yang paling penting kena penuhila syarat2 tuh… lepas dah isi, tekan butang send and then doa banyak-banyak.

Macam biasa kita kena check result kita dapat ke tak through internet. Untuk kategori yang saya pilih tuh, result dia keluar awal rasanya. Untuk sapa2 yang apply part tuh tapi tak berjaya, dia bagi peluang kedua untuk apply for subjek yang lain. Pastuh, get ready lah untuk pergi interview.

  • Fikir nak pakai baju apa..
  • Kemaskan file yang isi sijil tuh
    • Waktu saya, dia nak yang waktu form 4-5 jerk. Kalau ada selitkan yang takder kaitan, dia suruh keluarkan. Pastuh dia ada mintak copy semua sijil2 tuh. Waktu tuh check elok2. Masa saya, terlupa nak lekat gambar, nasib baik bawak. Pastuh pinjam gam dekat kaunter pertanyaan. Terima kasih kepada penyelamat saya!!!! Check betul2 tau. Jangan lupa bawak alat tulis. Ada MCAT test (rasanya nama dier tuh. Tapi kalau salah, maafkan saya. Dier lebih kurang personality test yang buat untuk MARA or JPA)
  • Cam biasa kita akan fikir apa yang dia akan tanya. Teruskan berfikir, tapi jangan sampai depress sangat pulak. Tido awal. Tenaga amat diperlukan. Tenaga untuk otak amat penting.


 

SEMASA TEMUDUGA

Saya sampai 30 minit awal. Sempat jugak sembang dengan sepupu saya yang belajar kat situ. Waktu sampai tuh, saya baru tahu yang dier temuduga ikut subjek. Saya punya subjek first day and saya second group. Fuh, mula2 cuak jugak. Tapi kentalkan diri. Ingat! Masa mula2 masuk kereta nak bertolak dah kena set in mind yang kita akan jadi cikgu! Huhu, bawa perwatakan sebagai seorang guru!

Lepas first group keluar, ada sorunk interview nih keluar. Dia suruh susun ikut apa yang dia dah tampal kat luar hall tuh. Pastuh tolong keluarkan mender yang takder kaitan. Maksudnya yang tak tersenarai la. And then, dia masuk. Pastuh dia keluar balik, tanya kalau kitorunk dah ready, and then suruh kitorunk sumer masuk. Mula2, kitorunk buat personality test dulu. Objective. Jangan nak fikir pelik2. Bukan susah tahap spm jerk. Just, kena berfikir apa kita akan buat kalau kita cikgu. Nih apa yang saya fikir waktu tulah. So, take it easy. Tapi kena cepat. In one hour, ada banyak soalan kena jawab. Asalkan hitam dekat mcq punyer borang tuh okay dah. (tapi tanda betul2 nanti scanner takleh baca pulak).

Lepas tuh dia akan suruh kita pergi dekat side yang temuduga. Kitorunk sumer terus wat group discussion. Takder sesi memperkenalkan diri. Just dier tanya nak panggil kita apa jerk. Group discussion nih dalam semicircle. Ada dua tajuk. Satu in English, satu lagi in bm. Kitorunk akan keep on discuss sampai la interviewer tuh interrupt. Biler interviewer dah start interrupt, questionyang tak disangka-sangka akan keluar!!!! Haha, just get ready. Saya dapat soalan yang tak disangka. Untuk tajuk yang pertama, kitorunk kena discuss pasal TOURISM IN MALAYSIA. Kitorunk kena explain our experiences visiting certain places in Malaysia and then saya dapat soalan camnih.. saya asal dari mana.. pastuh.. makanan apa yang menarik kat tempat asal saya tuh. And then, the most unpredictable question was… how to cook that meal? OMG.. tak pernah tau pon nak masak masakan tuh camner. Suka makan jerk.. I just said that I don't know but if I were given a chance to learn it, I will grab the chance. Then, dia tanya orunk lain jugak. Huh.. pastuh masuklah discussion yang kedua.. lupa plak nak cakap, be polite tapi jangan simpan suara tuh. Suara tuh asset untuk jadik cikgu.. Make sure sumer orang dengar apa yang kita cakap waktu interview tuh. Kalau tak, kesian nanti sapa2 nak bagi respons. Kita tolong orang, nanti Allah tolong kita. Oh, tajuk kedua pasal camner nak develop habit membaca. Disebabkan discussion nih in BM, dia ingatkan supaya tak merepek. Kitorunk pon cdiscuss and question untuk saya waktu nih, buku terakhir saya baca. Haha, saya jawab Harry Potter and deathly hallows. Saya baru jek mengulang buku itu untuk kali ke berapa entah. Lepas discussion nih, habislah temuduga anda..


 

SELEPAS TEMUDUGA

Berdoalah banyak2. Masa tahun saya, dia akan call bagi sesiapa yang berjaya. Jadik nantikan dengan penuh kesabaran dan tawakkal. insyaAllah anda akan terpilih.

Sunday 14 February 2010

A week before final SEM 2 for Pre med

Just wanna post a very short post. just a week before my final exam. i hope i cam make it.. just like sem 1.. is there any miracle? i hope it will be there. Just like sem 1.. it was really a miracle happened in my life. Just like what i thought, miracle never come when u're searching them, but it will just pop out unexpectedly. huhu.. iyalah!! it will be said as a miracle if it is expected. so guys.. pray hard for me, k?

let the history repeat!!!
GANBATTE!!!

Friday 1 January 2010

Apa yang penting??

Hmm. Kedatangan tahun 2010 mengingatkan saya untuk merenung kembali apa yang sudah saya lakukan pada 2009. Adakah apa yang sudah saya lakukan itu mengubah diri saya ke arah yang lebih baik? Adakah saya berada di landasan yang betul? Adakah apa yang sudah saya lakukan itu boleh membantu dunia pada masa hadapan? Adakah saya telah manfaatkan setahun yang lalu dengan sebaiknya? Begitu banyak persoalan sebenarnya. Tetapi tidak mampu untuk saya coretkan di sini rasanya. Mungkin sudah sekian lama, inilah antara satu tahun yang saya rasakan saya tidak manfaatkan dengan sepenuhnya. Saya tidak dapat membuat kesimpulan pada 31 Disember 2009 perihal apa yang saya sudah sumbangkan terutamanya untuk diri saya. Penyesalan muncul. Tetapi masa yang sudah berlalu tidak dapat di putar kembali

"Perkara yang paling jauh ialah masa lalu. Sekuat mana pun usaha kita,
percayalah, kita takkan dapat sampai kepadanya"


Salah satu mutiara kata yang saya terbaca tika melihat blog-blog motivasi semalam. Memang benarnya kata-kata ini. Kejarlah sekuat mana pn, ia takan menjengah kembali ke dalam hidup kita. Lupakan masa lalu, laluilah hari ini dengan sebaiknya, seakan-akan tiada lagi hari esok. tetapi jangan lupa merancang untuk hari esok kerana sekiranya anda gagal untuk merancang, ana sebanarnya merancang untuk gagal.
"IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL"
Hmm.. Kata-kata yang amat popular. Hampir setiap orang mengetahuinya. Tetapi, ingat! Setiap perancangan harus ditulis. Barulah muncul kesannya. Tidak menulis perancangan akan mudah menjadikan kita lupa apa sebenarnya yang kita rancang.

Kesimpulannya, merancanglah dan jangan lupa tulis apa yang anda rancang. Pastikan setiap yang anda rancang itu berjaya. Mungkin dengan izin Allah, anda akan beroleh apa yang anda rancangkan itu. Amin...

Aku. Kau dan Mereka...