"Perkara yang paling jauh ialah masa lalu. Sekuat mana pun usaha kita,
percayalah, kita takkan dapat sampai kepadanya"
Salah satu mutiara kata yang saya terbaca tika melihat blog-blog motivasi semalam. Memang benarnya kata-kata ini. Kejarlah sekuat mana pn, ia takan menjengah kembali ke dalam hidup kita. Lupakan masa lalu, laluilah hari ini dengan sebaiknya, seakan-akan tiada lagi hari esok. tetapi jangan lupa merancang untuk hari esok kerana sekiranya anda gagal untuk merancang, ana sebanarnya merancang untuk gagal.
"IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL"Hmm.. Kata-kata yang amat popular. Hampir setiap orang mengetahuinya. Tetapi, ingat! Setiap perancangan harus ditulis. Barulah muncul kesannya. Tidak menulis perancangan akan mudah menjadikan kita lupa apa sebenarnya yang kita rancang.
Kesimpulannya, merancanglah dan jangan lupa tulis apa yang anda rancang. Pastikan setiap yang anda rancang itu berjaya. Mungkin dengan izin Allah, anda akan beroleh apa yang anda rancangkan itu. Amin...
Aku. Kau dan Mereka...
No comments:
Post a Comment