Thursday 13 January 2011

Sedikit panduan

Assalamualaikum.
(this post are dedicated to my younger sister and sesiapa jerk yang lepas spm)

Tujuan saya post kali ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya sepanjang berada dalam dilema ketika memilih jurusan apa yang sepatutnya saya pilih selepas spm dahulu. untuk pengetahuan anda, sekarang saya merupakan seorang pelajar.

Dilema saya bagi sesetengah orang takdelah besar sangat pun. Setakat "eh, nak ambil apa lepas spm nanti ek?" selepas spm, banyak jugak borang kena isi. sampai kadang-kadang kenapalah kita kena isi, just geser jerk mycard takleh ke? benda yang anda semua akan isi banyak kali ialah, nama, no i.c. , alamat, tarikh lahir.. yang nih boleh dalam 100 kali gakla kena ulang sepanjang anda mengisi segala borang selepas spm..

Secara ikhlasnya, saya hanya memikir apakah jurusanyang ingin diambil dengan sedalam-dalamnya setelah mengetahui keputusan sebenar saya. sebab? kalau borang upu dengan matriks akan ada fasa dua (tak sure betul tak, tapi lepas dapat tahu result memang ada peluang lagi untuk ubah) kan? waktu tuh boleh ubah lagi.. betul tak? terpulang lah anda nak jadi apa, tapi kalau boleh, anda kena yakin jalan yang anda pilih tuh boleh mencapai cita-cita anda. kalau biasiswa pula, semuanya akan hanya boleh diisi selepas dapat keputusan spm. so, nasihat saya, sebelum result spm keluar, cuba carik apa cita-cita anda yang sebenar, sembahyang istikharah, berbincang dengan keluarga, penting bincang dengan keluarga nih, especially parents, sebab nak dapat restu biar berkat. sembahyang istikharah, biar kita yakin dengan pilihan kita, dipermudahkan jalannya untuk smpi ke cita-cita kita tuh....

huhu, cara nak tau kita menjurus ke jurusan apa? cuba fikir apa kelebihan anda, subjek yang anda suka, anda nak jadi orang yang macammana, anda suka apa.. kalau nak tau lagi, pergi bukak website, buat la personality test ke, career test ke? bestlah jugak, tapi jawab betul-betul, sebab hasilnya anda akan ambil kira jugak. banyak jugak la yang free.. disebabkan dah lama, saya pun dah tak ingat apa website yang saya bukak time dulu-dulu. ajak kawan-kawan buat sekali. baru syok! nih salah satu website yang tawarkan career test dengan percuma. click here.
ini pula untuk personality test. click here. saya taktau la pula keberkesanannya. saya cuma google jerk. credit to Google.

apabila anda sudah pasti, silalah latih anda untuk menjadi seperti seseorang dalam bidang yang anda pilih itu. tetapi ingat, better be yourself!!!

Monday 10 January 2011

Quote

hari nih setelah stress disebabkan kesalahan sendiri, kerana mengutamakan hal-hal yang tidak sepatutnya, saya nak memetik kata-kata salah seorang manusia di bumi Allah ini yang memberi saya inspirasi untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang saya lakukan.

" berfikirlah secara positif dari saat anda membuka mata di waktu pagi supaya hari yang anda lalui hari ini penuh dengan hal-hal yang positif. Minda positif boleh menghasilkan hal-hal hebat yang kadangkala anda sendiri tidak jangka,"

Prof. Dr Siti Muhaya.



bukan apa, apabila kita sedang kecewa tentang sesuatu perkara, hal yang kita perlu lakukan adalah dengan muhasabah diri terlebih dahulu. itu adalah perkara yang pertama... dan kedua, merancang apa yang sepatutnya dilakukan untuk memperbaiki diri kita supaya keputusan yang lebih baik pada masa akan datang. yang ketiga, JANGAN LUPA MENJALANKAN PERANCANGAN ANDA ITU!
perancangan yang anda rancang itu hanyalah sia-sia jika tiada perlaksanaan.. to change things, you must act...