Monday 10 January 2011

Quote

hari nih setelah stress disebabkan kesalahan sendiri, kerana mengutamakan hal-hal yang tidak sepatutnya, saya nak memetik kata-kata salah seorang manusia di bumi Allah ini yang memberi saya inspirasi untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang saya lakukan.

" berfikirlah secara positif dari saat anda membuka mata di waktu pagi supaya hari yang anda lalui hari ini penuh dengan hal-hal yang positif. Minda positif boleh menghasilkan hal-hal hebat yang kadangkala anda sendiri tidak jangka,"

Prof. Dr Siti Muhaya.



bukan apa, apabila kita sedang kecewa tentang sesuatu perkara, hal yang kita perlu lakukan adalah dengan muhasabah diri terlebih dahulu. itu adalah perkara yang pertama... dan kedua, merancang apa yang sepatutnya dilakukan untuk memperbaiki diri kita supaya keputusan yang lebih baik pada masa akan datang. yang ketiga, JANGAN LUPA MENJALANKAN PERANCANGAN ANDA ITU!
perancangan yang anda rancang itu hanyalah sia-sia jika tiada perlaksanaan.. to change things, you must act...

No comments: