
Lama juga berfikir untuk meletakkan title untuk post kali ini. Sememangnya, apabila ungkapan ini dikeluarkan, kita semua pasti terfikir tentang cinta. 'Malu tapi mahu.' Namun, apa yang saya mahu kongsikan di sini ada mungkin kena sedikit dengan cinta, tetapi lebih kepada aspek selain cinta.
Mungkin kita semua pernah mengalami peristiwa di mana kita mahukan sesuatu barang tetapi malu untuk meminta. Begitu juga saya. Ada satu ketika, muka saya menjadi merah kerana menahan malu. Dalam bahasa sempoinya, rasa macam nak meletup! Mengapa ya? Bagi saya, mungkin permintaan kita itu sesuatu yang tidak sesuai, atau melampau. Atau mungkin kita sudah banyak meminta pertolongan daripada orang yang sama. Bukan apa, sudah menjadi sifat manusia itu untuk malu. Tanpa malu, rosaklah manusia. Tetapi harus diingati, malu kenalah bertempat.
Saya akan berusaha mengatasi perasaan malu sekiranya apa yang saya akan perolehi itu amat-amat saya perlukan atau yang akan mendatangkan manfaat yang besar kepada diri saya. Tidak mengapa malu semasa mahu meminta, atau meminjam, tetapi jangan langsung tiada usaha. Harapan tanpa usaha tidak akan menjadikan harapan itu satu realiti. Dalam merealisasikan harapan atau impian, malu harus dikikis SEDIKIT. Saya tekankan di sini "SEDIKIT" bukan semua.
Ramai dalam kalangan kita yang malu untuk meminta bantuan. Meminta bantuan bukanlah sesuatu yang memalukan. Kita bukanlah insan sempurna, yang mampu hidup tanpa bantuan. Kalu tidak, tidak akan muncul dermawan. Tiada tolong menolong. Dalam Al-Quran sendiri menyarankan kita saling membantu. Apa lagi yang kita lengahkan. Tetapi jangan hanya tahu meminta bantuan, kita juga harus selalu menghulur. Mesti ada konsep "Give and Take" bukannya hanya tahu 'mengambil' tetapi tidak tahu 'memberi.'
Setakat ini sahaja. Wassalam.
Aku, Kau dan Mereka.