Thursday, 15 April 2010

kembali

setelah sekian lama aku tidak menulis di blog ini, akhirnya tangan ini kembali bergerak, melangkah dari satu ke satu untuk menghasilkan huruf, membentuk perkataan, melengkapi ayat, dan membina satu cerita. cewahh!!! ayat aku tak leh blah plak.. huhu...
sebenarnya takder apa nak cerita. penghasilan post ini disebabkan paksaan oleh muhd khairul farhan yang tersgt 'baik.' nih, amek, aku dah post baru..
meh lah aku citer sket kehidupan aku kat sini.. ini merupakan sem terakhir aku di sini.. tak sedar plak yang aku nih dah nak masuk MD.. wawa... tak sabar, tapi takut.. huhu.. apa2 la.. lagi dua bulan jerk pon nak menghadapi suasana yang berdebar tuh.. rasa macam kecik lagi, tapi dah nak amek degree plak.. persiapan fizikal dan mental yang tak cukup.. fizikal memang la macam nih jerk kot.. tapi mental? wawawa.... nak masuk mana pon tak tau lagik... huhu.. semakin meningkat umur, semakin banyak keputusan besar yang kena dibuat sendirik... cukup bersedia ke? huhu, senak dada biler fikir.. kalau takyah fikir plak, cam melarikan diri jerk.. tak elok.. huhu.. terimalah kenyataan...


-naimah-

Saturday, 20 March 2010

i made it!!

finally, i made it! the same result as on the previous sem. now, i'm doing my last sem. a lot of reading subject, actually all except one.. English.. ha ha.. but to improve that, must have a lot of reading also.. one sem left and insya Allah i'll enter medicine degree.. huhu.. cannot wait to do it!! haha

GANBATTE!!

Wednesday, 17 February 2010

Want to pursue your study under MOE scholarship?

Assalamualaikum..

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai interview untuk menjadi guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya akan mengkategorikan post ini kepada tiga bahagian, sebelum, semasa dan selepas temuduga.

SEBELUM TEMUDUGA

Skop ini merangkumi proses kita apply. Apa yang paling penting, kita kena rajin baca newspaper and bukak MOE punyer website. And then, macam tahun lepas, dia ada kategorikan untuk apply yang mana satu. Yang saya ingat

  • Untuk math, physics, bio and chemistry : yang nih wat foundation, then fly pastuh balik untuk buat kursus perguruan pulak..
  • Untuk bahasa perancis : yang nih nanti fly pergi Perancis rasanya. Hanya untuk sesapa yang pernag belajar
  • Subjek lain : yang nih tak berapa nak ingat..

Waktu isi borang di internet, saya pilih dua subjek, pilihan pertama : Chemistry dan yang kedua Mathematics. Hmm.. Dua subjek nih dipilih berdasarkan minat saya yang mendalam dalam dua2 subjek nih. Untuk setiap kategori nih, dia ada syarat-syarat tertentu. Saya tak ingat apa tapi yang paling penting kena penuhila syarat2 tuh… lepas dah isi, tekan butang send and then doa banyak-banyak.

Macam biasa kita kena check result kita dapat ke tak through internet. Untuk kategori yang saya pilih tuh, result dia keluar awal rasanya. Untuk sapa2 yang apply part tuh tapi tak berjaya, dia bagi peluang kedua untuk apply for subjek yang lain. Pastuh, get ready lah untuk pergi interview.

  • Fikir nak pakai baju apa..
  • Kemaskan file yang isi sijil tuh
    • Waktu saya, dia nak yang waktu form 4-5 jerk. Kalau ada selitkan yang takder kaitan, dia suruh keluarkan. Pastuh dia ada mintak copy semua sijil2 tuh. Waktu tuh check elok2. Masa saya, terlupa nak lekat gambar, nasib baik bawak. Pastuh pinjam gam dekat kaunter pertanyaan. Terima kasih kepada penyelamat saya!!!! Check betul2 tau. Jangan lupa bawak alat tulis. Ada MCAT test (rasanya nama dier tuh. Tapi kalau salah, maafkan saya. Dier lebih kurang personality test yang buat untuk MARA or JPA)
  • Cam biasa kita akan fikir apa yang dia akan tanya. Teruskan berfikir, tapi jangan sampai depress sangat pulak. Tido awal. Tenaga amat diperlukan. Tenaga untuk otak amat penting.


 

SEMASA TEMUDUGA

Saya sampai 30 minit awal. Sempat jugak sembang dengan sepupu saya yang belajar kat situ. Waktu sampai tuh, saya baru tahu yang dier temuduga ikut subjek. Saya punya subjek first day and saya second group. Fuh, mula2 cuak jugak. Tapi kentalkan diri. Ingat! Masa mula2 masuk kereta nak bertolak dah kena set in mind yang kita akan jadi cikgu! Huhu, bawa perwatakan sebagai seorang guru!

Lepas first group keluar, ada sorunk interview nih keluar. Dia suruh susun ikut apa yang dia dah tampal kat luar hall tuh. Pastuh tolong keluarkan mender yang takder kaitan. Maksudnya yang tak tersenarai la. And then, dia masuk. Pastuh dia keluar balik, tanya kalau kitorunk dah ready, and then suruh kitorunk sumer masuk. Mula2, kitorunk buat personality test dulu. Objective. Jangan nak fikir pelik2. Bukan susah tahap spm jerk. Just, kena berfikir apa kita akan buat kalau kita cikgu. Nih apa yang saya fikir waktu tulah. So, take it easy. Tapi kena cepat. In one hour, ada banyak soalan kena jawab. Asalkan hitam dekat mcq punyer borang tuh okay dah. (tapi tanda betul2 nanti scanner takleh baca pulak).

Lepas tuh dia akan suruh kita pergi dekat side yang temuduga. Kitorunk sumer terus wat group discussion. Takder sesi memperkenalkan diri. Just dier tanya nak panggil kita apa jerk. Group discussion nih dalam semicircle. Ada dua tajuk. Satu in English, satu lagi in bm. Kitorunk akan keep on discuss sampai la interviewer tuh interrupt. Biler interviewer dah start interrupt, questionyang tak disangka-sangka akan keluar!!!! Haha, just get ready. Saya dapat soalan yang tak disangka. Untuk tajuk yang pertama, kitorunk kena discuss pasal TOURISM IN MALAYSIA. Kitorunk kena explain our experiences visiting certain places in Malaysia and then saya dapat soalan camnih.. saya asal dari mana.. pastuh.. makanan apa yang menarik kat tempat asal saya tuh. And then, the most unpredictable question was… how to cook that meal? OMG.. tak pernah tau pon nak masak masakan tuh camner. Suka makan jerk.. I just said that I don't know but if I were given a chance to learn it, I will grab the chance. Then, dia tanya orunk lain jugak. Huh.. pastuh masuklah discussion yang kedua.. lupa plak nak cakap, be polite tapi jangan simpan suara tuh. Suara tuh asset untuk jadik cikgu.. Make sure sumer orang dengar apa yang kita cakap waktu interview tuh. Kalau tak, kesian nanti sapa2 nak bagi respons. Kita tolong orang, nanti Allah tolong kita. Oh, tajuk kedua pasal camner nak develop habit membaca. Disebabkan discussion nih in BM, dia ingatkan supaya tak merepek. Kitorunk pon cdiscuss and question untuk saya waktu nih, buku terakhir saya baca. Haha, saya jawab Harry Potter and deathly hallows. Saya baru jek mengulang buku itu untuk kali ke berapa entah. Lepas discussion nih, habislah temuduga anda..


 

SELEPAS TEMUDUGA

Berdoalah banyak2. Masa tahun saya, dia akan call bagi sesiapa yang berjaya. Jadik nantikan dengan penuh kesabaran dan tawakkal. insyaAllah anda akan terpilih.

Sunday, 14 February 2010

A week before final SEM 2 for Pre med

Just wanna post a very short post. just a week before my final exam. i hope i cam make it.. just like sem 1.. is there any miracle? i hope it will be there. Just like sem 1.. it was really a miracle happened in my life. Just like what i thought, miracle never come when u're searching them, but it will just pop out unexpectedly. huhu.. iyalah!! it will be said as a miracle if it is expected. so guys.. pray hard for me, k?

let the history repeat!!!
GANBATTE!!!

Friday, 1 January 2010

Apa yang penting??

Hmm. Kedatangan tahun 2010 mengingatkan saya untuk merenung kembali apa yang sudah saya lakukan pada 2009. Adakah apa yang sudah saya lakukan itu mengubah diri saya ke arah yang lebih baik? Adakah saya berada di landasan yang betul? Adakah apa yang sudah saya lakukan itu boleh membantu dunia pada masa hadapan? Adakah saya telah manfaatkan setahun yang lalu dengan sebaiknya? Begitu banyak persoalan sebenarnya. Tetapi tidak mampu untuk saya coretkan di sini rasanya. Mungkin sudah sekian lama, inilah antara satu tahun yang saya rasakan saya tidak manfaatkan dengan sepenuhnya. Saya tidak dapat membuat kesimpulan pada 31 Disember 2009 perihal apa yang saya sudah sumbangkan terutamanya untuk diri saya. Penyesalan muncul. Tetapi masa yang sudah berlalu tidak dapat di putar kembali

"Perkara yang paling jauh ialah masa lalu. Sekuat mana pun usaha kita,
percayalah, kita takkan dapat sampai kepadanya"


Salah satu mutiara kata yang saya terbaca tika melihat blog-blog motivasi semalam. Memang benarnya kata-kata ini. Kejarlah sekuat mana pn, ia takan menjengah kembali ke dalam hidup kita. Lupakan masa lalu, laluilah hari ini dengan sebaiknya, seakan-akan tiada lagi hari esok. tetapi jangan lupa merancang untuk hari esok kerana sekiranya anda gagal untuk merancang, ana sebanarnya merancang untuk gagal.
"IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL"
Hmm.. Kata-kata yang amat popular. Hampir setiap orang mengetahuinya. Tetapi, ingat! Setiap perancangan harus ditulis. Barulah muncul kesannya. Tidak menulis perancangan akan mudah menjadikan kita lupa apa sebenarnya yang kita rancang.

Kesimpulannya, merancanglah dan jangan lupa tulis apa yang anda rancang. Pastikan setiap yang anda rancang itu berjaya. Mungkin dengan izin Allah, anda akan beroleh apa yang anda rancangkan itu. Amin...

Aku. Kau dan Mereka...

Saturday, 28 November 2009

Malu tapi mahu


Lama juga berfikir untuk meletakkan title untuk post kali ini. Sememangnya, apabila ungkapan ini dikeluarkan, kita semua pasti terfikir tentang cinta. 'Malu tapi mahu.' Namun, apa yang saya mahu kongsikan di sini ada mungkin kena sedikit dengan cinta, tetapi lebih kepada aspek selain cinta.


Mungkin kita semua pernah mengalami peristiwa di mana kita mahukan sesuatu barang tetapi malu untuk meminta. Begitu juga saya. Ada satu ketika, muka saya menjadi merah kerana menahan malu. Dalam bahasa sempoinya, rasa macam nak meletup! Mengapa ya? Bagi saya, mungkin permintaan kita itu sesuatu yang tidak sesuai, atau melampau. Atau mungkin kita sudah banyak meminta pertolongan daripada orang yang sama. Bukan apa, sudah menjadi sifat manusia itu untuk malu. Tanpa malu, rosaklah manusia. Tetapi harus diingati, malu kenalah bertempat.


Saya akan berusaha mengatasi perasaan malu sekiranya apa yang saya akan perolehi itu amat-amat saya perlukan atau yang akan mendatangkan manfaat yang besar kepada diri saya. Tidak mengapa malu semasa mahu meminta, atau meminjam, tetapi jangan langsung tiada usaha. Harapan tanpa usaha tidak akan menjadikan harapan itu satu realiti. Dalam merealisasikan harapan atau impian, malu harus dikikis SEDIKIT. Saya tekankan di sini "SEDIKIT" bukan semua.


Ramai dalam kalangan kita yang malu untuk meminta bantuan. Meminta bantuan bukanlah sesuatu yang memalukan. Kita bukanlah insan sempurna, yang mampu hidup tanpa bantuan. Kalu tidak, tidak akan muncul dermawan. Tiada tolong menolong. Dalam Al-Quran sendiri menyarankan kita saling membantu. Apa lagi yang kita lengahkan. Tetapi jangan hanya tahu meminta bantuan, kita juga harus selalu menghulur. Mesti ada konsep "Give and Take" bukannya hanya tahu 'mengambil' tetapi tidak tahu 'memberi.'


Setakat ini sahaja. Wassalam.


Aku, Kau dan Mereka.

Friday, 13 November 2009

Love... ya atau tak?

Love atau cinta. Satu perkataan yang pastinya akan menjadi bualan hangat. Terutama sekali dalam kalangan remaja. Boleh dikatakan remaja ini diibaratkan seperti sang pencari cinta. Mencari dan mencari. Jika bertemu yang sejati, bertuahlah si dia. Tetapi jika bertemu dengan yang plastik, meranalah si pemilik badan. Berbicara tentang cinta menimbulkan satu keseronokan. Mungkin ada yang bercerita tentang pengalaman bercinta, saat pertemuan dengan si dia, bagaimana perasaan dilamun cinta. Tetapi satu benda baru yang belajar hari nih sewaktu lecture Behaviour Science oleh Mrs Tanu Pramanik. It's sounded like this.

Cinta itu bukan sesuatu yang boleh berlaku sekali dalam seumur hidup. Dia kata bila cinta itu berlaku, ia hanya sekali, dan bila ia sudah berlaku, ia susah untuk berulang kembali. Betul. Orang kata cinta itu suatu anugerah. dan mengikut logik akal saya, kita takkan senang untuk menerima sebarang anugerah. Kita ambil contoh, kehidupan seharian. Untuk mendapat anugerah itu mungkin beberapa kali dalam sebulan. Tetapi cuba kita fikirkan, anugerah yang samakah yang akan kita perolehi dalam sebulan tu? Bukan kan? Mungkin jika kita mahukan anugerah yang sama, perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun. Begitulah yang boleh diibaratkan dengan cinta. Susah digapai, susah dicari, bahagia menanti, harapan ia kekal sampai mati.

Mrs Tanu pun ada bagi contoh juga. Misalnya kita tertarik kepada seorang lelaki disebabkan dia duduk bersebelahan dengan kita, kita sudah merasakan yang si dia itu sangat dekat dengan kita, kita rasa si dia adalah jodoh kita, atau dalam bahasa yang mudah, KITA SUDAH JATUH CINTA! Tanggapan ini adalah salah, kerana itu adalah disebabkan daya tarikan antara lelaki dan perempuan. Saya lebih suka mengatakan perasaan ketika itu ialah perasaan JATUH SUKA, bukan JATUH CINTA. Saya boleh bagi satu contoh. Misalnya, kita berkenalan dengan seseorang dan kita merasakan yang kita sudah jatuh cinta. Ok, cuba anda teruskan perasaan anda itu selama beberapa bulan, Mungkin ada yang akan bertahan sehingga bertahun-tahun. Tetapi adakah perasaan itu dapat memastikan kita memikul segala apa yang berlaku. Setelah kita bersetuju untuk berkahwin dengannya, setelah kita bertunang, setelah kita berkahwin, mendapat anak. Mampukah kita bersama-sama dengannya? Menyerahkan baki hidup kita kepadanya? Adakah si dia mampu memastikan cinta kita itu tidak mati? Layu? Berguguran bagai daun-daun kering ketika musim luruh?


Ini adalah antara sebab saya sangat bersetuju,

"Love is once and once it's done, it's done."

IS that mean that, there's no second love? Every love in this world is the first love? Hmm, let's put our thinking cap together..

Aku, Dia dan Mereka