Monday, 25 October 2010
i and my little world
bagi aku dunia ini memang wujud. setiap orang mempunyai dunia mereka sendiri.. aku lebih suka menyambapikan dengan kata yang lain.. setiap orang memerlukan ruang dalam hidup ini... ruang itulah dunia mereka... bukankah hanya diri kita yang mengetahui dengan terbaiknya tentang diri kita? selain itu, setiap manusia juga memerlukan ruang untuk mereka menenangkan fikiran, menyimpan rahsia dan lain2... jadik jangan deny bahawa anda pernah hidup dalam dunia anda....
lagi satu, selain dari dunia ini, hari ini saya teringin ingn menyentuh tentang mimpi... dulu, masa belajar human behavioural waktu pre-med, dream is wish fulfillment.. maksudnya, kalau kita ada wish yang tak kesampaian secara realitinya, mungkin kita akan terbawa-bawa sehingga ke dalam tidur.. persoalannya di sini, apakah perbezaan tidur siang dan malam??? adakah ia memberi impak terhadap apa yang kita mimpi... berdasarkan diri saya, selalunya mimpi siang itu selalunya mimpi2 yang merepek... yang tak logik, dan lebih mudah diingati(mungkin sebab tak logik kot... lebih mudah diingati.. hehe)... manakala mimpi yang berlaku pada waktu malam itu, sukar untuk diingati, dan kalau teringat pon, mesti ada kaitan dengan realiti hidup sebenar... tapi tgk jugak tidur malam tuh start pukul berapa.. hehe.... apa lah yang mempengaruhi mimpi wajtu tidur nih? hormon??? makanan? kejadian yang berlaku seharian?? kehendak? saya sendiri tidak ada jawapannya.. tapi perasan tak yang kadang2 tidur malam nih membuatkan kita yang tgh tidur nih menzahirkan apa yang kita mimpi.. contohnya kita menangis?? kena kejar, lompat2 ke??? tgh berpeluh ke?? mesti bangun2, ada air mata meleleh.. badan berpeluh ke..(ada gak org deny kata mungkin sebab panas time tuh...) haha.. tapi yang pastinya, setiap org mesti ingat mimpi yang paling bermakna bagi dia kan????? nanti, saya lanjutkan post nih dengan sedikit research pasal mimpi, k??
Tuesday, 19 October 2010
sehari bersama kekotoran..
lab parasit plak, ujian praktikal cicilan bukan main susah.. actually maybe tak susah mana kot, tapi konfius giler2... huhuhu.. dah baper banyak spesies kitorunk belajar, mana tak confuse... masa yang disediakan plak sangat lah sedikit... yelah, nak tgk spesimen lagi, nak fikir apa benda tuh, nak fikir camner nak namakan mende tak... hehehe... amek masa lah gak.. apa-apapon aku pray for the best gor next quiz, histo, pharmaco, mikrob, anat, parasit and physio... eh physio lecture jerk... oklah.. got to go.. gi class... da~~~ salam...
Monday, 18 October 2010
19 OKTOBER 2010
di sini saya ingin meminta maaf kepada orang yang berkenaan...
Maafkan saya..
di sini jugak saya nak berterima kasih kepada mereka-mereka yang banyak bersusah payah menolong saya sepanjang saya di sini.. my family, acms-USU students, along, my housemate, my classmate.. huhu.. cam sesi berterima kasih plak.. entah.. erm..
Sunday, 3 October 2010
miserable
Looking back, I have this to regret, that too often when I loved, I did not say so.
Monday, 27 September 2010
short post
Saturday, 18 September 2010
Blok Basic Biomedical Science
"BLOK BARU, CARA BARU, AZAM BARU"
Monday, 30 August 2010
terima kasih
Sunday, 22 August 2010
hari ultah di MEDAN
pada hari yang sama, kami ada majlis berbuka puasa untuk kaum muslimat di FKG(fakulti kedokteran gigi). jangan salah sebut. di sini sebutannya f-ka-ge... huhu.. pelik tapi menarik. fakulti kedokteran sebutannya pulak f-ka... majlis tuh bestlah jugak. dapat kenal muslimat dari Malaysia serta dapat berkongsi dan berkenalan dengan ramai senior. walaupun 90% yang berkenalan dah lupa dah pulak nama diorunk. thanks to BADAR kat sini kerana menganjurkan majlis hebat seumpama itu. btw, first time rasa lakse kelantan waktu majlis tuh. SEDAPPPP!!!
balik maklis tuh, makan lagi!!! cake breadtalk yang tak habis dengan nasi rantang yang kitorunk order. wahahahahaha!! perut mintak diisi lagik!!! lepas makan ingatkan nak buat report praktikum biokimia, tetapi tertidur di sofa kerana kekenyangan yang amat. semalam tidur kat luar bilik sebab kat luar sejuk!!! best!!!! pagi bangun, terlepas sahur!!! tapi nasib baik dah makan sebanyak-banyaknya malam tuh. huhu.. sembahyang subuh semua..pastuh ingat nak tidur balik, takleh plak.. report biokimia menanti. ISOLASI DNA.. yang dah berminggu-minggu tertangguh.... akhirnya 90% siap.. tinggal perbahaan dan pejilidan. insyaAllah esok siap.
itu jerk kot setakat ini. kalau nak tahu perkembangan, rajin-rajinlah bukak blog nih. haha, macamlah ada yang baca.. syoksen plak.. ok, adios.. da... love people who love me.. haha.... wassalam...
Thursday, 19 August 2010
bazar Ramadhan

Monday, 16 August 2010
merdeka walk in medan
Sunday, 15 August 2010
bulan puasa pertama di luar Malaysia
Sunday, 1 August 2010
..::Lusa::..
"ya Allah, hambaMu ini meminta pertolonganMu. Kau permudahkanlah segala
urusanku. Kau selamatkanlah diriku dari segala kejahatan dunia dan akhirat. Ya
Allah, semoga setiap pilihan dan perkara yang aku lakukan adalah perkara yang
terbaik untuk diriku. Ya Allah, kau berilah aku kejayaan dunia dan akhirat."
Friday, 30 July 2010
..::nothing::..
"Allah bukan taknak bagi kejayaan itu kepada kita sekrang, tapi mungkin lambat sikit supaya ia lebih bermakna dan lebih baik untuk kita. Allah mengetahui semuanya apa yang terbaik untuk kita. yang penting usaha, doa dan tawakal... insya Allah."
-satu perkongsian yang mungkin terlalu mengikiut perasaan.. maaf ye-
Saturday, 17 July 2010
Dari Al-Quran –AYAT SERIBU DINAR-
alhamdulilah, tergerak hati saya untuk menulis mengenai ayat-ayat al-Quran. bukan apa, saya ada juga menghafal dan mengamalkan ayat-ayat atau surah-surah di dalam al-Quran tetapi seringkali tertanya-tanya, apakah fadhilat khusus ayat-ayat ini? (mohon dibetulkan sekiranya penyataan saya ini salah) sebaga langkah pertama, mari kita belajar tentang ayat seribu dinar.
Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya'Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta'ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta'ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya'Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta'ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
bismillaahir rahmanir rahiim shollaallaahu alaa muhammad. sedikit penjabaran dari ayat tersebut "taqwa" adlah takut, patuh, dan cinta kepada Allah salah satu jalannya adlh bersyukur dengan apa yg Allah anugrahkan kepada kita dengn jalan memanfaatkan, mengelola, dan menggunakan semua potensi yg diberikan Allah kepada kita, seperti kesehatan, akal fikiran, maupun alam semesta dengn bgt maka jalankeluar yg dijadikan menjadi sebuah keniscayaan. sedangkan bertawakal adlh berdoa, berusaha dan mengembalikan semuanya kepada Allah sebagai sumber kekuatan. nah ini salah satu jalan pengamalan ayat seribu dinar baca 11x ba'da shalat subuh selama 41 hari insya Allah dihari ke 10 atau 20 sdh kelihatan pertolongan dari Allah.
Alhamdulillah, walaupun saya hanya copy dan paste sahaja, mudah-mudahan ia membawa berkat. untuk keleman asalnya, tekan di sini. Nak ulas sendiri, kemahiran itu belum ada, ilmu juga sangat sedikit. tidak berani menyampaikan mengikut pendapat sendiri. lebih baik merujuk kepada orang yang lebih mengetahui. akhir kalam, marilah kita mengamalkan ayat ini. wallahu alam
puisi manusia pilihan
Di sini ada satu cerita.
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.
Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??
"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."
Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.
Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.
Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.
Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.
Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.
"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."
Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?
teringat pengisian kem bro tatanegara yang saya hadiri tidak lama dulu. mengingati jasa pembela negara kerana, dengan adanya mereka kita mengecapi apa yang kita ada sekarang. terima kasih tidak tertingi kepada kalian. sepanjang kem itu, pernah sekali dua saya terimbau dengan satu kisah seorang hamba Allah(saya tidak pasti siapa) yang menanam pokok untuk kebaikan dan nikmat generasi seterusnya. Subhanalah! sungguh tulus niatnya. manusia biasa mungkin tidak akan berfikir begitu. banyak manusia mementingkan kepentingan diri sendiri. lupa pada jasa orang dahulu. lupa pada siapa kita patut berterima kasih. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Engkau berikan.
akhir kata," Disaat kita telah dilahirkan ke dunia ini,kita smemangnya telah dikurniakan nikmat yg plg besar iaitu ISLAM....Justeru itu,CINTA thdp Allah dan Rasul perlu dipupuk...


Saturday, 10 July 2010
future
n then, skunk pasal maa depan. aku taktau lah pilihan aku nih betul ke apa ke... aku taktau...
aku keliru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
keliru.. taktau nak watper tau tak?
apa akan jadik kalau apa yang aku mitak tak dapat?
waaaaa!!!!!!! tensionnyer...
Saturday, 26 June 2010
Warmness of the Soul – Avenged Sevenfold
Friday, 25 June 2010
SAYONARA
Hari ini merupakan hari terakhir aku menjadi seorang pelajar pre medical foundation. Kepada kelas pre-med 09/10, kamu semua memang the best. Thanks for helping me in creating sweet memories to be inserted to a chapter of my life. This will be included in what number of chapter, I don't know yet. Sorry, guys!!! My special thanks to my classmate 09/10
Banyak benda nak cakap kat sini, tapi sekelas ngan kamu semua memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Thanks for everything, cupcakes!!! let's pray for our success!!!
Wednesday, 26 May 2010
Hospital Angkatan Tentera
An Evening of Mystery and Magic
Tuesday, 18 May 2010
dinner is coming
aku, dia dan mereka..
Friday, 14 May 2010
Tuesday, 11 May 2010
pagi di kelas
Thursday, 15 April 2010
kembali
sebenarnya takder apa nak cerita. penghasilan post ini disebabkan paksaan oleh muhd khairul farhan yang tersgt 'baik.' nih, amek, aku dah post baru..
meh lah aku citer sket kehidupan aku kat sini.. ini merupakan sem terakhir aku di sini.. tak sedar plak yang aku nih dah nak masuk MD.. wawa... tak sabar, tapi takut.. huhu.. apa2 la.. lagi dua bulan jerk pon nak menghadapi suasana yang berdebar tuh.. rasa macam kecik lagi, tapi dah nak amek degree plak.. persiapan fizikal dan mental yang tak cukup.. fizikal memang la macam nih jerk kot.. tapi mental? wawawa.... nak masuk mana pon tak tau lagik... huhu.. semakin meningkat umur, semakin banyak keputusan besar yang kena dibuat sendirik... cukup bersedia ke? huhu, senak dada biler fikir.. kalau takyah fikir plak, cam melarikan diri jerk.. tak elok.. huhu.. terimalah kenyataan...
-naimah-
Saturday, 20 March 2010
i made it!!
Wednesday, 17 February 2010
Want to pursue your study under MOE scholarship?
Assalamualaikum..
Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai interview untuk menjadi guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya akan mengkategorikan post ini kepada tiga bahagian, sebelum, semasa dan selepas temuduga.
SEBELUM TEMUDUGA
Skop ini merangkumi proses kita apply. Apa yang paling penting, kita kena rajin baca newspaper and bukak MOE punyer website. And then, macam tahun lepas, dia ada kategorikan untuk apply yang mana satu. Yang saya ingat
- Untuk math, physics, bio and chemistry : yang nih wat foundation, then fly pastuh balik untuk buat kursus perguruan pulak..
- Untuk bahasa perancis : yang nih nanti fly pergi Perancis rasanya. Hanya untuk sesapa yang pernag belajar
- Subjek lain : yang nih tak berapa nak ingat..
Waktu isi borang di internet, saya pilih dua subjek, pilihan pertama : Chemistry dan yang kedua Mathematics. Hmm.. Dua subjek nih dipilih berdasarkan minat saya yang mendalam dalam dua2 subjek nih. Untuk setiap kategori nih, dia ada syarat-syarat tertentu. Saya tak ingat apa tapi yang paling penting kena penuhila syarat2 tuh… lepas dah isi, tekan butang send and then doa banyak-banyak.
Macam biasa kita kena check result kita dapat ke tak through internet. Untuk kategori yang saya pilih tuh, result dia keluar awal rasanya. Untuk sapa2 yang apply part tuh tapi tak berjaya, dia bagi peluang kedua untuk apply for subjek yang lain. Pastuh, get ready lah untuk pergi interview.
- Fikir nak pakai baju apa..
- Kemaskan file yang isi sijil tuh
- Waktu saya, dia nak yang waktu form 4-5 jerk. Kalau ada selitkan yang takder kaitan, dia suruh keluarkan. Pastuh dia ada mintak copy semua sijil2 tuh. Waktu tuh check elok2. Masa saya, terlupa nak lekat gambar, nasib baik bawak. Pastuh pinjam gam dekat kaunter pertanyaan. Terima kasih kepada penyelamat saya!!!! Check betul2 tau. Jangan lupa bawak alat tulis. Ada MCAT test (rasanya nama dier tuh. Tapi kalau salah, maafkan saya. Dier lebih kurang personality test yang buat untuk MARA or JPA)
- Waktu saya, dia nak yang waktu form 4-5 jerk. Kalau ada selitkan yang takder kaitan, dia suruh keluarkan. Pastuh dia ada mintak copy semua sijil2 tuh. Waktu tuh check elok2. Masa saya, terlupa nak lekat gambar, nasib baik bawak. Pastuh pinjam gam dekat kaunter pertanyaan. Terima kasih kepada penyelamat saya!!!! Check betul2 tau. Jangan lupa bawak alat tulis. Ada MCAT test (rasanya nama dier tuh. Tapi kalau salah, maafkan saya. Dier lebih kurang personality test yang buat untuk MARA or JPA)
- Cam biasa kita akan fikir apa yang dia akan tanya. Teruskan berfikir, tapi jangan sampai depress sangat pulak. Tido awal. Tenaga amat diperlukan. Tenaga untuk otak amat penting.
SEMASA TEMUDUGA
Saya sampai 30 minit awal. Sempat jugak sembang dengan sepupu saya yang belajar kat situ. Waktu sampai tuh, saya baru tahu yang dier temuduga ikut subjek. Saya punya subjek first day and saya second group. Fuh, mula2 cuak jugak. Tapi kentalkan diri. Ingat! Masa mula2 masuk kereta nak bertolak dah kena set in mind yang kita akan jadi cikgu! Huhu, bawa perwatakan sebagai seorang guru!
Lepas first group keluar, ada sorunk interview nih keluar. Dia suruh susun ikut apa yang dia dah tampal kat luar hall tuh. Pastuh tolong keluarkan mender yang takder kaitan. Maksudnya yang tak tersenarai la. And then, dia masuk. Pastuh dia keluar balik, tanya kalau kitorunk dah ready, and then suruh kitorunk sumer masuk. Mula2, kitorunk buat personality test dulu. Objective. Jangan nak fikir pelik2. Bukan susah tahap spm jerk. Just, kena berfikir apa kita akan buat kalau kita cikgu. Nih apa yang saya fikir waktu tulah. So, take it easy. Tapi kena cepat. In one hour, ada banyak soalan kena jawab. Asalkan hitam dekat mcq punyer borang tuh okay dah. (tapi tanda betul2 nanti scanner takleh baca pulak).
Lepas tuh dia akan suruh kita pergi dekat side yang temuduga. Kitorunk sumer terus wat group discussion. Takder sesi memperkenalkan diri. Just dier tanya nak panggil kita apa jerk. Group discussion nih dalam semicircle. Ada dua tajuk. Satu in English, satu lagi in bm. Kitorunk akan keep on discuss sampai la interviewer tuh interrupt. Biler interviewer dah start interrupt, questionyang tak disangka-sangka akan keluar!!!! Haha, just get ready. Saya dapat soalan yang tak disangka. Untuk tajuk yang pertama, kitorunk kena discuss pasal TOURISM IN MALAYSIA. Kitorunk kena explain our experiences visiting certain places in Malaysia and then saya dapat soalan camnih.. saya asal dari mana.. pastuh.. makanan apa yang menarik kat tempat asal saya tuh. And then, the most unpredictable question was… how to cook that meal? OMG.. tak pernah tau pon nak masak masakan tuh camner. Suka makan jerk.. I just said that I don't know but if I were given a chance to learn it, I will grab the chance. Then, dia tanya orunk lain jugak. Huh.. pastuh masuklah discussion yang kedua.. lupa plak nak cakap, be polite tapi jangan simpan suara tuh. Suara tuh asset untuk jadik cikgu.. Make sure sumer orang dengar apa yang kita cakap waktu interview tuh. Kalau tak, kesian nanti sapa2 nak bagi respons. Kita tolong orang, nanti Allah tolong kita. Oh, tajuk kedua pasal camner nak develop habit membaca. Disebabkan discussion nih in BM, dia ingatkan supaya tak merepek. Kitorunk pon cdiscuss and question untuk saya waktu nih, buku terakhir saya baca. Haha, saya jawab Harry Potter and deathly hallows. Saya baru jek mengulang buku itu untuk kali ke berapa entah. Lepas discussion nih, habislah temuduga anda..
SELEPAS TEMUDUGA
Berdoalah banyak2. Masa tahun saya, dia akan call bagi sesiapa yang berjaya. Jadik nantikan dengan penuh kesabaran dan tawakkal. insyaAllah anda akan terpilih.
Sunday, 14 February 2010
A week before final SEM 2 for Pre med
let the history repeat!!!
GANBATTE!!!
Friday, 1 January 2010
Apa yang penting??
"Perkara yang paling jauh ialah masa lalu. Sekuat mana pun usaha kita,
percayalah, kita takkan dapat sampai kepadanya"
Salah satu mutiara kata yang saya terbaca tika melihat blog-blog motivasi semalam. Memang benarnya kata-kata ini. Kejarlah sekuat mana pn, ia takan menjengah kembali ke dalam hidup kita. Lupakan masa lalu, laluilah hari ini dengan sebaiknya, seakan-akan tiada lagi hari esok. tetapi jangan lupa merancang untuk hari esok kerana sekiranya anda gagal untuk merancang, ana sebanarnya merancang untuk gagal.
"IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL"Hmm.. Kata-kata yang amat popular. Hampir setiap orang mengetahuinya. Tetapi, ingat! Setiap perancangan harus ditulis. Barulah muncul kesannya. Tidak menulis perancangan akan mudah menjadikan kita lupa apa sebenarnya yang kita rancang.
Kesimpulannya, merancanglah dan jangan lupa tulis apa yang anda rancang. Pastikan setiap yang anda rancang itu berjaya. Mungkin dengan izin Allah, anda akan beroleh apa yang anda rancangkan itu. Amin...
Aku. Kau dan Mereka...